NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menteri kewangan yang sama, ulangi kejatuhan ringgit ke paras paling rendah



PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang patut dipersalahkan atas kejatuhan terburuk ringgit bukan pembangkang, kata Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Beliau menjawab kenyataan bekas ketua menteri Sabah Salleh Said Keruak di Facebook, yang pembangkang juga perlu menggalas tanggungjawab atas kejatuhan mata wang negara kerana sering mendakwa mahu menumbangkan kerajaan.

Faizal turut mengimbas ketika Anwar menjadi menteri kewangan sebelum ini dan berkata kejatuhan terburuk ringgit berlaku ketika tempoh itu.

“Pada satu masa dahulu, ada seorang menteri kewangan bercita-cita tinggi bercakap mengenai ‘kebangkitan Asia’. Pada tempoh akhir sebagai menteri kewangan, ringgit jatuh ke paras terendah dalam sejarah. Nama menteri kewangan itu adalah Anwar Ibrahim,” katanya kepada FMT.

“Hari ini, ringgit sekali lagi jatuh ke paras paling rendah dalam tempoh lebih dua dekad, dan menteri kewangan kita adalah Anwar. Kebetulan?”.

Faizal turut mengkritik Salleh kerana cuba menyalahkan pembangkang.

Katanya, Salleh sepatutnya mencari jalan untuk mengukuhkan ekonomi dan mengekang kejatuhan berterusan ringgit.

“Beliau cuba untuk kekal relevan ketika beliau tidak lagi relevan,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo