NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memang tanggungjawab UMNO untuk membela Najib – Zahid



KUALA LUMPUR – UMNO mempunyai tanggungjawab untuk merayu kepada Lembaga Pengampunan berhubung hukuman yang kini dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana parti itu pernah diketuai oleh Najib dan rayuan itu  untuk membela bekas Presiden UMNO yang sememangnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya sejak dari awal kesnya di bawa ke mahkamah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Jadi, kita sebagai sebuah organisasi parti politik yang pernah berketuakan oleh Datuk Seri Najib, kita mempunyai satu tanggungjawab untuk membuat rayuan kepada pembelaannya.

“Ini kerana Datuk Seri Najib telah tidak diberikan keadilan melalui proses seawal kes itu dibawa di mahkamah. Soal hukuman itu adalah soal di mana kita menghormati institusi perundangan itu.

“Tetapi apabila keadilan sebenarnya telah tidak diberikan, maka itulah yang telah kami sama-sama persetujui untuk melakukan pembelaan kepada Datuk seri Najib,” katanya yang juga Presiden UMNO.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Menteri Kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi KKDW di sini hari ini.
.
Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Ahmad Zahid telah berusaha sebaiknya bagi mendapatkan pengampunan penuh Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Ahmad berkata, UMNO kini memberikan tumpuan terhadap usaha mendapatkan pengampunan penuh bagi Najib yang masih mempunyai peluang.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua perkara berkaitan hal itu boleh dinyatakan di depan khalayak ramai.

Najib meringkuk di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International, telah memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi telah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.

Rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman itu telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 2021 dan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 yang menyaksikan pengampunan diraja adalah satu-satunya harapan beliau untuk membebaskan diri. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo