NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mansuh pencen masih dalam kajian, kata Zuki



PUTRAJAYA: Penjawat awam tidak patut terlalu pantas mengkritik cadangan memansuhkan pencen kerana kajian mengenai perkara itu masih dilakukan, kata Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali.

Ketika menyampaikan mandat 2024 kepada penjawat awam di sini, Zuki berkata memandangkan kadar menua masyarakat Malaysia semakin tinggi, kerajaan mungkin tidak mampu menggalas beban kewangan berkait pembayaran pencen penjawat awam, yang dijangka mencapai RM120 bilion menjelang 2040.

“Sebab itu Jabatan Perkhidmatan Awam melihat sama ada ada skim boleh ganti skim pencen. Masih diteliti. Banyak perkara perlu dilihat sebelum ini dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan dituduh zalim dan mengabaikan penjawat awam tidak lama selepas ketua pengarah perkhidmatan awam keluarkan arahan mengenai pencen.

“Ketua pengarah perkhidmatan awam baru keluar arahan pasal pencen. Kata kerajaan zalim, abaikan penjawat awam. Sedangkan kedudukan fiskal negara tidak mengizinkan,” katanya.

Bulan lalu, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata kerajaan akan melaksanakan sistem pelantikan kontrak untuk rekrut baharu dalam sektor awam.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Jemaah Menteri meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen.

Zahid berkata penjawat awam lantikan baharu yang tiada pencen akan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem persaraan perkhidmatan awam.

Pada masa ini, penjawat awam boleh memilih antara skim pencen dan caruman dalam KWSP.

Sementara itu, berhubung semakan gaji Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Zuki berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican, dan Wan Ahmad Dahlan hari ini.

Katanya, kajian hampir selesai dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi.

“Ini menunjukkan kerajaan mementingkan penjawat awam kerana tiada kenaikan gaji selama 12 tahun,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo