NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia sedia tempatkan pakar perubatan bantu rawat rakyat Palestin di Mesir



  • Malaysia sedia bekerjasama rapat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dalam segala aspek, termasuk menempatkan pakar perubatan Malaysia bagi menyokong keupayaan hospital yang sedang merawat rakyat Palestin di Mesir.
  • Komitmen itu dinyatakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin kepada Pengerusi PRCS, Tarek Arafat dalam lawatannya ke Hospital Palestin di Kaherah, Mesir pada Khamis.
  • Program itu turut disertai beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sempena Lawatan Khas Ahli-Ahli Parlimen Malaysia ke Mesir dari Rabu lalu hingga esok.
  • “Timbalan Menteri Luar turut meneroka kebolehlaksanaan penyaluran bantuan kemanusiaan melalui jalan laut, dan peranan lain yang boleh dimainkan Malaysia untuk meringankan kesengsaraan dihadapi rakyat Palestin di Gaza.
  • “Beliau menegaskan Malaysia meletakkan harapan tinggi dan akan sentiasa menyokong usaha dijalankan Mesir untuk runding gencatan senjata serta penyaluran bantuan kemanusiaan secara berkesan ke Gaza,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian hari ini.

KUALA LUMPUR —  Malaysia sedia bekerjasama rapat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dalam segala aspek, termasuk menempatkan pakar perubatan Malaysia bagi menyokong keupayaan hospital yang sedang merawat rakyat Palestin di Mesir.

Komitmen itu dinyatakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin kepada Pengerusi PRCS, Tarek Arafat dalam lawatannya ke Hospital Palestin di Kaherah, Mesir pada Khamis.

Program itu turut disertai beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sempena Lawatan Khas Ahli-Ahli Parlimen Malaysia ke Mesir dari Rabu lalu hingga esok.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Mohamad dan delegasi diberikan taklimat mengenai situasi kemanusiaan dihadapi rakyat Palestin di Gaza dan peranan dilaksanakan Hospital Palestin dalam memberi rawatan kepada mangsa serangan tentera Israel di Gaza.

Mohamad turut bertemu bekas Menteri Kesihatan Mesir, Profesor Dr Adel Al Adawi dan Ahli Lembaga Pengelola Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC).

Pertemuan itu disertai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ERC, Dr Rami Al Nazer menyentuh usaha boleh dimainkan bagi memastikan semua bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza sampai kepada pihak sewajarnya.

“Timbalan Menteri Luar turut meneroka kebolehlaksanaan penyaluran bantuan kemanusiaan melalui jalan laut, dan peranan lain yang boleh dimainkan Malaysia untuk meringankan kesengsaraan dihadapi rakyat Palestin di Gaza.

“Beliau menegaskan Malaysia meletakkan harapan tinggi dan akan sentiasa menyokong usaha dijalankan Mesir untuk runding gencatan senjata serta penyaluran bantuan kemanusiaan secara berkesan ke Gaza,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian hari ini.

Lawatan Khas Ahli-Ahli Parlimen Malaysia ke Mesir bertujuan memperlihatkan kepada dunia akan sokongan Malaysia terhadap Palestin dan komitmen berterusan bantuan kemanusiaan kepada rakyatnya.

Ia juga memberi peluang Ahli Parlimen Malaysia melihat situasi sebenar penghantaran bantuan memasuki Gaza, dengan bantuan Kerajaan Mesir supaya dapat dilaksanakan secara lebih lancar. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo