NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lepas sokong Anwar, baru ada peruntukan adakan Jualan ‘Rahmah’

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi bercakap kepada media selepas hadir ke Program Jualan Termurah Madani ‘Barangan Basah dan Kering’ ketika di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tanjung Karang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 FEBRUARI 2024


TANJONG KARANG – Ketiadaan program jualan murah bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup disebabkan ketidakupayaan pembangkang yang tidak mempunyai peruntukan kawasan.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi berkata, beliau mengakui selepas dia memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, program seumpama itu baru boleh dianjurkan.

“Saya mohon maaf kepada rakyat kawasan saya, bukan saya tak nak buat program tapi ahli Parlimen pembangkang kita tak mampu lakukan apa-apa.

“Cuma hari ini baru kita boleh lakukan dan pertama kali Program Jualan Termurah Malaysia Madani dengan bantuan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL),” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu beliau hadir ke Program Juala Termurah Malaysia Madani dan Mini Karnival Kesihatan Parlimen Tanjung Karang di Perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Tanjung Karang, di sini.

Pada 24 Januari lalu, Zulkafperi membuat kenyataan menyokong Perdana Menteri sambil menyatakan ia dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.

Pengisytiharan sokongan ini kepada kepimpinan Perdana Menteri Ke-10 itu dilakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjong Karang. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo