NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lagi halangan keamanan di Palestin, 7,000 unit kediaman ‘haram’ Israel akan dibina di Tebing Barat



  • Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich mendedahkan rancangan pembinaan 7,000 unit kediaman untuk peneroka haram Israel di wilayah Tebing Barat yang diduduki, lapor Yedioth Ahronoth.
  • Menurut laporan akhbar harian Israel itu, Smotrich berhasrat menyeru Majlis Perancangan Tinggi bagi meluluskan pembinaan kira-kira 7,000 unit rumah penempatan baru bagi peneroka haram Israel. 
  • Lebih 2,000 unit dikatakan berada di peringkat kelulusan akhir dengan angka ini masih tertakluk kepada semakan.
  • Akhbar itu menjelaskan seruan diadakan mesyuarat majlis itu memerlukan kelulusan peringkat politik dengan kali terakhir mesyuarat diadakan pada Jun tahun lalu.
  • Pembinaan penempatan haram di wilayah yang diduduki itu sekian lama menjadi penghalang keamanan di Palestin disebabkan tindakan pendudukan haram yang tidak menghormati hubungan geografi wilayah Palestin.

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich mendedahkan rancangan pembinaan 7,000 unit kediaman untuk peneroka haram Israel di wilayah Tebing Barat yang diduduki, lapor Yedioth Ahronoth.

Menurut laporan akhbar harian Israel itu, Smotrich berhasrat menyeru Majlis Perancangan Tinggi bagi meluluskan pembinaan kira-kira 7,000 unit rumah penempatan baru bagi peneroka haram Israel. 

Lebih 2,000 unit dikatakan berada di peringkat kelulusan akhir dengan angka ini masih tertakluk kepada semakan.

Akhbar itu menjelaskan seruan diadakan mesyuarat majlis itu memerlukan kelulusan peringkat politik dengan kali terakhir mesyuarat diadakan pada Jun tahun lalu.

Pembinaan penempatan haram di wilayah yang diduduki itu sekian lama menjadi penghalang keamanan di Palestin disebabkan tindakan pendudukan haram yang tidak menghormati hubungan geografi wilayah Palestin.

Terdahulu, Smotrich antara individu yang menyeru penduduk Palestin di Gaza supaya meninggalkan wilayah itu supaya laluan diberikan kepada warga Israel yang mampu membangunkan wilayah konflik itu. – The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo