Konsert dikenali sebagai ‘Choii Underground Music Tour Kedah 2.0’ di Alor Setar dikritik kerana diadakan sehari sebelum malam malam Nisfu Syaaban. |
PETALING JAYA: Satu konsert hip-hop yang diadakan di Taman Jubli Emas di Alor Setar pada malam Sabtu lalu tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri kata Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria.
Mansor berkata, penganjur sebenarnya memohon untuk mengadakan karnival jualan dan tidak dinyatakan mengenai cadangan konsert atau pertunjukan pentas seperti itu.
“Penganjur memohon untuk mengadakan karnival jualan dan acara-acara yang dibenarkan mengikut garis panduan kerajaan negeri sahaja dan permohonan itu yang diluluskan.
“Justeru penganjuran konsert itu adalah tanpa kebenaran mana-mana agensi kerajaan negeri dan ini adalah satu pelanggaran syarat yang sangat serius oleh pihak penganjur,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.
Katanya, kerajaan negeri akan memanggil penganjur untuk mendapatkan penjelasan berkaitan dengan perkara ini dan akan memutuskan tindakan susulan mengikut undang-undang selepas itu.
Terdahulu, beberapa video tular di media sosial mengenai satu konsert dikenali sebagai “Choii Underground Music Tour Kedah 2.0” yang diadakan di Alor Setar, Kedah.
Penganjuran konsert berkenaan mendapat pelbagai kritikan daripada warganet kerana diadakan pada malam Nisfu Syaaban.
Sementara itu, penganjur konsert dalam satu video di TikTok tampil memohon maaf dan mengakui pihaknya terlepas pandang kerana tidak memohon kebenaran kerajaan negeri untuk mengadakan acara tersebut.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment