NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kod Etika Wartawan Malaysia: Fahmi tidak kompromi soal kebebasan media



  • “Saya tidak pernah kompromi soal kebebasan media. Itu hak dan kebebasan yang wajib diberi kepada media di dalam sebuah negara demokrasi,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil susulan pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu, hari ini.
  • Fahmi berkata kerana itu dalam merangka Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu, beliau memanggil wakil wartawan dan organisasi media untuk turut serta.
  • Beliau berkata pihaknya juga membuat perbandingan berkenaan etika kewartawanan beberapa negara di Asia seperti Singapura, India, Indonesia, Thailand, Jepun dan Korea Selatan bagi memastikan solusi terbaik yang dipilih.
  • “Saya yakin, melalui Kod Etika baharu ini, kita mampu mengangkat kualiti kewartawanan di Malaysia sekaligus meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap media,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

KUALA LUMPUR — “Saya tidak pernah kompromi soal kebebasan media. Itu hak dan kebebasan yang wajib diberi kepada media di dalam sebuah negara demokrasi,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil susulan pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu, hari ini.

Fahmi berkata kerana itu dalam merangka Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu, beliau memanggil wakil wartawan dan organisasi media untuk turut serta.

Beliau berkata pihaknya juga membuat perbandingan berkenaan etika kewartawanan beberapa negara di Asia seperti Singapura, India, Indonesia, Thailand, Jepun dan Korea Selatan bagi memastikan solusi terbaik yang dipilih.

“Kali terakhir Kod Etika untuk wartawan digubal adalah pada tahun 1989. Ini bermakna, akta sedia ada tidak merangkumi aspek laporan dalam talian.

“Selepas 35 tahun menggunakan Kod Etika lama, hari ini saya melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang baharu.

“Saya yakin, melalui Kod Etika baharu ini, kita mampu mengangkat kualiti kewartawanan di Malaysia sekaligus meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap media,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

JaPen dalam kenyataan sempena pelancaran hari ini dilaporkan berkata, kod etika berkenaan menggarap lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, wartawan hendaklah telus dan berintegriti dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.

Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber. 

Selain itu, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo