NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Pengarah tak perform atau Menteri yang tak perform ?

Menteri vs Ketua Pengarah

Heboh bila Menteri menamatkan kontrak Ketua Pengarah dengan notis 5 hari. 

Menteri kata prestasi Ketua Pengarah tidak memuaskan dan merosot.

Menteri kata Ketua Pengarah tak buat apa yang dia suruh.

Menteri kata Ketua Pengarah buat apa yang dia larang. 

Menteri kata Ketua Pengarah tidak buat kerja.

Menteri kata Ketua Pengarah gagal buka destinasi pelancongan baru.

Menteri kata Ketua Pengarah tidak berjaya capai sasaran pelancong yang ditetapkan. 

Hakikatnya, 

Menteri sendiri yang cakap, angka kehadiran pelancong meningkat jadi 26 juta pelancong sehingga 15 Disember 2023 berbanding hanya 10 juta pelancong pada 2022. 

Menteri sendiri cakap, Malaysia kekal destinasi utama perlancongan di Asia Tenggara.

Menteri sendiri cakap, Malaysia adalah destinasi kedua popular sempena tahun baru cina. 

Kementerian cakap pelancong dari Turkiye pada Januari hingga November 2023 meningkat 10.8%.

Airbnb kata industri pelancongan Malaysia semakin berkembang.

Mastercard-Cresent Rating kata Malaysia destinasi percutian Muslim terbaik.

Ini bukan kali pertama Menteri ni buat hal. Haritu insiden di KLIA yang sampai sekarang tiada permohonan maaf dari Menteri. 

Kali ni Ketua Pengarah MOTAC pula diturunkan pangkat jadi Timbalan Ketua Pengarah. 

Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia, Kesatuan Pekerja Tourism Malaysia juga mempersoalkan penamatan kontrak Ketua Pengarah dan mohon penjelasan kerana Ketua Pengarah adalah seorang yang berpengalaman dan aset kepada industri. 

Nasihat aku, PMX tukarlah Menteri sorang ni. Memalukan Kerajaan Madani dan banyak kontroversi. 

Kalau takut dengan dia pun, paling kurang nasihat dia kurangkan minum arak. Arak ni memabukkan sampai menganggu fokus dan tindakan. 

Nurul Islam Mohamed Yusoff

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo