NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketetapan Allah SWT atas makhluk-Nya tidak wajar diingkari



ALLAH SWT menyebut bahawa kebenaran akan memusnahkan kebatilan dan kebatilan akan hilang lenyap. Allah SWT memiliki apa yang ada di langit dan bumi. Semuanya terutama malaikat sentiasa beribadah kepada Allah SWT dengan mensucikan Allah iaitu dengan bertasbih sepanjang hari dan malam. 

Allah SWT juga menyebut kalau lah di langit dan bumi ada Tuhan yang lain selain daripada Allah SWT, nescaya langit dan bumi akan musnah kedua-duanya kerana berebut dan berbalah antara tuhan-tuhan yang ada. 

Allah SWT menunjukkan kebesaran-Nya dengan melakukan apa sahaja yang Dia ingini. Dalam kehidupan kita sebagai makhluk, tiada seorang pun yang boleh bertanya tentang apa yang Dia lakukan, mengapa Dia berbuat begitu begini. Sebaliknya kita yang akan ditanya di hari akhirat tentang amal perbuatan sepanjang kehidupan kita. 

Tiada seorang pun mempunyai hak untuk mempersoal qada’ dan qadar-Nya. Kata ulamak, urusan qada’ dan qadar adalah umpama kita memelihara ayam. Apabila kita memeliharanya, jadi terpulang kepada kita nak buat macam mana sama ada nak jual ke, nak beri kepada orang lain ke, nak lepas ke, nak sembelih ke. Sebab ayam itu adalah hak kita. Ayam pun tiada hak untuk bertanya mengapa. Maka, terpulang kepada Allah nak buat kita macam mana sama ada sempurna atau tidak kejadian kita, kaya atau miskin, mudah atau susah dan sihat atau sakit. 

Agama tertegak atas ilmu

Ų§َŁ…ِ Ų§ŲŖَّŲ®َŲ°ُŁˆْŲ§ Ł…ِŁ†ْ ŲÆُŁˆْŁ†ِŁ‡ٖٓ Ų§ٰŁ„ِŁ‡َŲ©ً ۗŁ‚ُŁ„ْ Ł‡َŲ§ŲŖُŁˆْŲ§ ŲØُŲ±ْŁ‡َŲ§Ł†َŁƒُŁ…ْۚ Ł‡ٰŲ°َŲ§ Ų°ِŁƒْŲ±ُ Ł…َŁ†ْ Ł…َّŲ¹ِŁŠَ ŁˆَŲ°ِŁƒْŲ±ُ Ł…َŁ†ْ Ł‚َŲØْŁ„ِŁŠْۗ ŲØَŁ„ْ Ų§َŁƒْŲ«َŲ±ُŁ‡ُŁ…ْ Ł„َŲ§ ŁŠَŲ¹ْŁ„َŁ…ُŁˆْŁ†َۙ Ų§Ł„ْŲ­َŁ‚َّ ŁَŁ‡ُŁ…ْ Ł…ُّŲ¹ْŲ±ِŲ¶ُŁˆْŁ†َ

Maksudnya: Atau apakah mereka mengambil tuhan-tuhan selain Dia? Katakanlah (Muhammad): “Kemukakanlah alasan-alasanmu! (Al-Qur’an) ini adalah peringatan bagi orang yang bersamaku, dan peringatan bagi orang sebelumku.” Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui yang hak (kebenaran), karena itu mereka berpaling. (24)

(al-Anbiya’: 24)

Allah menyoal kepada orang-orang yang tidak beriman yang menyembah selain daripada Allah seperti batu, berhala atau fenomena alam, mereka tiada hujah sedikit pun. Seperti kisah yang berlaku antara Nabi Ibrahim dan ayahnya yang bernama Azar. Azar ialah seorang tukang pembuat berhala. Dia mengukir dan menjualnya. 

Apabila Nabi Ibrahim menerima wahyu daripada Allah, antara orang yang didakwah ialah ayahnya. Baginda berbincang dengan ayahnya, mengapa ayahnya menyembah berhala tersebut? Berhala itu dibuat oleh ayahnya sendiri tetapi ayahnya menyembahnya atas asas apa? Ayahnya tidak boleh menjawab. 

Cuma jawapan yang disebut dalam al-Quran, ayahnya berkata, itu adalah amalan nenek moyangnya dahulu, jadi dia menerimanya sahaja. Inilah kebiasaan hujah orang yang tidak beriman. Orang yang menentang Nabi dan Rasul selalu menjawab sedemikian. 

Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§ ŲØَŁ„ْ Ł†َŲŖَّŲØِŲ¹ُ Ł…َŲ§ ŁˆَŲ¬َŲÆْŁ†َŲ§ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų¢ŲØَŲ§Ų”َŁ†َŲ§

(Luqman: 21)

Kita pun begitu juga, menurut sahaja apa-apa yang tok nenek kita buat seperti bersanding, melenggang perut dan kacau sura. Kita melakukannya tanpa mengetahui apa-apa. 

Sedangkan dalam agama, kita kena tahu. Asas agama ialah tahu atau ilmu. Kena tahu mengapa. Contoh, kalau nak menjadi Islam kena mengucap dua kalimah syahadah. Ucapan “aku naik saksi” ini merupakan tanda kita tahu. Maknanya aku menyaksikan. 

Kata ulamak, kita kena belajar akidah. Yang tersohor ialah Sifat 20. Ia adalah salah satu kaedah untuk mengenal Tuhan. Allah ada sifat wajib, harus dan mustahil. Kata Ibn Khaldun, Sifat 20 ini merupakan salah satu kaedah, bukan satu-satunya kaedah untuk mempertahankan agama, akidah dan mengenali Allah. 

Allah menyuruh Nabi bertanya kepada orang yang tidak beriman mengenai hujah mengapa mereka tidak mahu menerima Islam, menyembah berhala, tokong dan fenomena alam? Apa bukti yang mereka ada? Nabi menerima Islam sebab ada hujah dan bukti. Oleh sebab itu, Islam tertegak dengan ilmu. Ilmu adalah berdasarkan hujah. 

Kata ulamak, iman secara taqlid adalah tidak sah sebab menurut secara membuta tuli. Seperti orang buta yang mengikut ke mana sahaja orang memimpinnya. Kalimah “asyhadu” yang diucapkan adalah tanda taqlid secara berilmu.  

Oleh sebab itu, wajib bagi kita untuk belajar fardhu ain iaitu ilmu akidah dan feqah. Sebab tidak boleh nak melakukan ibadah tanpa ilmu. Contoh, tidak tahu perkara yang membatalkan wuduk, solat, puasa, perkahwinan dan akidah. Sebagaimana wuduk boleh terbatal, maka iman kita juga boleh terbatal. 

Ada orang yang langsung tidak tahu cara mandi wajib sehingga ke tua. Mandi wajib berbeza dengan mandi biasa sebab mandi wajib ini ada niatnya. Niat menentukan segala amal perbuatan kita sama ada ia menjadi adat atau ibadah. Mandi wajib dan mandi biasa adalah lebih kurang sama, tetapi apabila ada niat, maka mandi itu menjadi mandi wajib. 

Walaupun seharian tidak makan, tidak dikira sedang berpuasa kecuali ada niat. Kalau sengaja tidak makan disebabkan oleh tidak dijamu atau tidak berselera, ia tidak dikira sebagai puasa. Yang menjadi puasanya apabila ada niat puasa wajib atau puasa sunat. Itulah perbezaan antara ibadah dan adat. 

Kuasa Undang-undang Syariah semakin pudar, sedarkah kita? 

Dalam ayat ini, Allah menyebut bahawa kebanyakan manusia tidak mengetahui antara perkara betul dan salah. Contohnya, kes Nik Elin yang tular sehari dua ini, yang mengulas dan menyokong masing-masing tidak tahu apa-apa. Yang membahas pula membawa info daripada orang lain, dia tidak tahu apa-apa. Inilah masalahnya. 

Oleh itu, nak kata pentingnya kefahaman agama. Tidak mencukupi sekadar dengan nama sahaja seperti Nik itu ini, tetapi jiwa tiada agama. Contohnya dalam bab pemakaian, orang itu ada jiwa agama atau tidak? Oleh sebab itu, pakaian ini penting baik lelaki atau perempuan. 

Ada yang kata: “Eh… iman duk dalam hati.” Betul, iman memang berada di dalam hati, tetapi orang nak tengok juga dari segi luaran. Contohnya, kalau kita sayangkan seseorang, apa bukti sayang? Kalau cintakan seseorang, apa buktinya? Ada diberi sebentuk cincin, sepucuk surat atau sepasang baju? Cinta ini di dalam hati, bercakap di mulut sahaja boleh, tetapi kena dibuktikan. 

Kalau kita kata kita beriman, betul iman di dalam hati, tetapi benda di dalam hati ini orang tidak nampak. Nak membezakan adalah dengan syahadah sebagai bukti. Namun, tidak cukup sekadar itu. Bukti lain adalah dari segi percakapan, perbuatan dan pemakaian. Kebiasaannya kalau tengok pada cara pemakaian, kita sudah boleh agak. Jadi, tidak peliklah kalau dibuat benda-benda yang pelik sebab cara pemakaiannya begitu. 

Perkara ini harus difahami dengan baik sebab amat besar dari segi agama. Kita nampak kecil sahaja bab pertikaian undang-undang ini, tetapi implikasinya sangat besar. Dengan apa yang terjadi pada hari ini, mahkamah syariah sudah tiada nilai. Ia kembali kepada asal seperti pada zaman awal kemerdekaan. Hanya fokus bab nikah, cerai, harta pusaka dan penyusuan. 

Kita sudah merdeka lebih 60 tahun. Sepatutnya dalam masa tersebut, kita menaik taraf dan mengukuhkan lagi agar lebih atau sekurang-kurangnya setanding dengan mahkamah sivil. Sekarang ini mahkamah syariah berada di nombor 2. Kita mengaku kita orang Islam dan negara Islam. Namun, mahkamah syariah berada di nombor 2, macam mana boleh jadi begini? Apa yang kita semua lakukan selama ini, baik yang ada kuasa atau tidak, baik yang ada jawatan atau tidak? 

Oleh sebab itu, muncul RUU355 untuk memperkasa mahkamah syariah. Namun, ia berhenti di tengah jalan kerana parlimen dibubarkan pada tahun 2022. Pada bulan Ogos 2022, secara dasarnya kabinet kerajaan telah pun bersedia untuk membawa rang undang-undang ke parlimen untuk memperkasakan mahkamah syariah. Meminda akta 355. 

Pada 7 Oktober kalau tidak silap, Pejabat Peguam Negara telah bersedia dengan draf untuk pembentangan di dalam parlimen nanti. Tiba-tiba pada 10 Oktober, parlimen dibubarkan. Kalau ditanya, apa yang kita buat? Itulah yang kita buat, cuma dah mengandung, tetapi tidak sempat nak melahirkan. 

Kalau yang dibawa ke parlimen itu lulus, kuasa mahkamah syariah akan melebihi kuasa yang ada pada hari ini. Ada yang bangkitkan, “Hukuman mahkamah sivil lebih berat daripada mahkamah syariah.” Betul. Dalam sesetengah kes sebab ada hadnya iaitu tidak boleh dikenakan denda melebihi RM5 000, sebat tidak boleh melebihi 6 rotan dan penjara tidak boleh melebihi 3 tahun. Itu sahaja bidang kuasanya. 

Hari ini ada yang duk banding-bandingkan, memang betullah sebab kuasa mahkamah syariah setakat itu sahaja. Contohnya, cuba kita bandingkan, yang mana lebih besar antara cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, sekolah menengah, pengetua maktab, dan dekan fakulti? Inilah yang kita tidak ‘reti’. Masalahnya ialah bidang kuasa. Oleh sebab itu, RUU355 adalah untuk menaiktaraf kuasa mahkamah syariah. Jadi, kerajaan sekarang boleh mengambil semula dan menyambung usaha yang kerajaan PN buat dahulu. 

Apabila berlaku begini, kita nampak mahkamah syariah menjadi hina dan sultan menjadi rendah. Sebab mahkamah berada di bawah bidang kuasa sultan. Sebelum nak menjadi undang-undang, kena lulus dalam dewan negeri, sultan yang ‘sign’. Kalau ia ditolak dan tidak boleh digunapakai, di manakah terletaknya maruah raja kita? Raja yang menjadi ketua agama, maruahnya terletak di mana? Ada yang kata: “ini sebab kerajaan negeri la yang silap”. Habis itu, sultan yang ‘sign’, jadi sultan pun buat silap juga ke? 

Nak buat undang-undang ini bukan di kedai kopi, bukan dalam ‘whatsapp group’, tetapi ada jawatankuasanya. Ada sekali hakim, pakar agama, pengamal undang-undang dan peguam. Mesyuarat pula berpuluh-puluh kali. Namun, ada yang kata kerajaan negeri buat silap. Eh… nak buat undang-undang ini bukan seperti buat jemput-jemput. 

Undang-undang yang ada di Kelantan yang ditolak oleh mahkamah tersebut bukan sahaja ada di Kelantan, tetapi ada di Pulau Pinang, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan bahkan semua negeri di Malaysia. Sebab undang-undangnya hampir seragam di seluruh negeri. Ibarat bermain enjit-enjit semut, apabila pecah sebutir, pecahlah semua. 

Mahkamah syariah yang ada hari ini kembali seperti asal pada zaman sebelum merdeka, jadi buat apa la kita merdeka lebih 60 tahun? Inilah perkara yang sama-sama yang kita harus fikirkan. Cabaran terhadap agama semakin membesar. Jadi, tanggungjawab kepada semua orang Islam tidak mengira parti atau apa, kena membela agama kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? 

Orang yang tidak suka terhadap Islam disebut sebagai golongan liberal. Mereka ada perancangan besar di tanah air kita nak membuang undang-undang Islam. Mereka nampak orang Islam pun tidak tahu nak ke mana, maka makin beranilah. Kalau kali ini mereka berjaya, selepas ini janganlah terkejut kalau negeri lain pun menghadapi masalah yang sama. 

Sekarang, majlis agama pun tidak berani untuk mengambil tindakan susulan kes di Kelantan ini. Di Kelantan, mahkamah persekutuan telah mengisytiharkan tidak sah, maka negeri lain pun tidak boleh mengambil tindakan. Sebab peruntukan undang-undang adalah sama. Apabila tindakan tidak boleh diambil, maka tiadalah nilai. 

Ada perkara yang tidak serupa antara Islam dan bukan Islam. Jenayah Islam tidak serupa dengan jenayah Barat. Contoh judi, mengikut sivil, ia tidak dibenarkan kalau tiada lesen atau disebut sebagai judi haram. Kalau ada lesen, ia menjadi halal. Arak pun begitu. Berbeza dengan Islam, sama ada ada lesen atau tidak, judi dan arak tetap haram. 

Contoh lain adaah zina atau persetubuhan di luar nikah, sama ada setuju atau tidak, ia termasuk dalam takrif zina belaka. Mengikut sivil, zina menjadi suatu kesalahan kalau budak itu di bawah umur. Kalau budak itu berumur 16 tahun dan dia tak bersetuju, kesalahan itu disebut sebagai rogol atau dalam kitab fekahnya disebut sebagai zina. Kalau budak itu berumur 16 tahun ke atas dan dia bersetuju, maka tidak menjadi suatu kesalahan. Namun, dari segi agama, ia tetap salah sebab berzina. Walau setuju macam mana sekali pun, ia tetap salah sebab haram. Tetapi mengikut sivil, zina bukan menjadi kesalahan jenayah kalau budak itu cukup umur dan sama-sama setuju. 

Inilah perkara yang kita tidak fahami. Betapa berbezanya yang agama dengan tidak. Kita salah dalam menganggap bahawa mahkamah sivil adalah sama dengan mahkamah syariah. Kalau mahkamah syariah tidak boleh menghukum atau menangkap pesalah, akhirnya semakin barahlah kes zina, judi dan minum arak. Sebab mengikut sivilnya tiada masalah. Asalkan ada lesen, ikut suka hatilah nak minum sampai pecah perut pun atau nak berjudi sehingga ke waktu pagi sehingga rumah dan isteri tergadai pun. Inilah perbezaan antara sivil dan syariah. 

Berbalik pada kisah di awalnya, asasnya adalah ilmu. Kita orang Islam mestilah sentiasa berada dengan ilmu. Pertembungan akhir zaman ialah pertembungan ilmu. Kita nak membawa Islam pun mesti dengan ilmu. Kita nak mematahkan hujah orang menentang Islam pun mesti dengan ilmu. 

Seperti ulamak terdahulu yang menghasilkan bermacam-macam kitab sebab pada ketika itu berlaku pertembungan dengan Tamadun Greek Purba yang sarat dengan ilmu falsafah seperti Aristotle, Socrates dan lain-lain. Hari ini pun zaman teknologi maklumat. Kalau kita bergerak perlahan, kita akan tenggelam dengan hujah orang dan kalah. Jadi, hujah kita mesti gagah supaya kita boleh berbahas dan mengalahkan hujah orang bukan Islam. 

Menafikan dakwaan ada tuhan selain Allah

ŁˆَŁ…َŲ¢ Ų§َŲ±ْŲ³َŁ„ْŁ†َŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ł‚َŲØْŁ„ِŁƒَ Ł…ِŁ†ْ Ų±َّŲ³ُŁˆْŁ„ٍ Ų§ِŁ„َّŲ§ Ł†ُŁˆْŲ­ِŁŠْٓ Ų§ِŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų§َŁ†َّŁ‡ٗ Ł„َŲ¢ Ų§ِŁ„ٰŁ‡َ Ų§ِŁ„َّŲ¢ Ų§َŁ†َŲ§۠ ŁَŲ§Ų¹ْŲØُŲÆُŁˆْŁ†ِ

Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum engkau (Muhammad), melainkan Kami wahyukan kepadanya, bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Aku, maka sembahlah Aku. (25)

(al-Anbiya’: 25)

Inilah pendekatan Allah melalui lidah Rasulullah SAW. Rasul-rasul yang diutuskan membawa wahyu iaitu “La ilaha illallah” maksudnya “Tiada Tuhan Selain Allah”.Maka, sembahlah Allah. Makna kata sembahan atau ibadah kita hanya kepada Allah sahaja, jangan kepada yang lain atau yang dipanggil sebagai makhluk. 

ŁˆَŁ‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§ Ų§ŲŖَّŲ®َŲ°َ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ْŁ…ٰŁ†ُ ŁˆَŁ„َŲÆًŲ§ Ų³ُŲØْŲ­ٰŁ†َŁ‡ٗ ۗŲØَŁ„ْ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆٌ Ł…ُّŁƒْŲ±َŁ…ُŁˆْŁ†َۙ

Maksudnya: Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pengasih telah menjadikan (malaikat) sebagai anak.” Maha Suci Dia. Sebenarnya mereka (para malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, (26)

(al-Anbiya’: 26)

Orang kafir mengatakan bahawa Tuhan ada anak. Orang Musyrik mengatakan bahawa anak Tuhan adalah malaikat betina. Bagi mereka, anak perempuan merupakan suatu aib sehingga mereka membunuhnya. Mereka berasa malu sebab anak perempuan tidak boleh berbuat apa-apa seperti pergi berperang, mereka dijadikan hamba, dirogol dan dijual. 

Oleh sebab itu, mereka hanya ingin memiliki anak lelaki sebab mudah nak ajak pergi berperang atau berlawan. Inilah pemikiran orang Arab jahiliyah. Jadi, mereka memperlekehkan Tuhan dengan mengatakannya sebagai Tuhan betina. Pada perkataan malaikat, di hujungnya ada huruf Tha Marbutah, maka  perempuanlah. 

Orang Yahudi pula mengatakan bahawa anak Tuhan ialah Uzair. Disebut kisahnya dalam surah al-Baqarah (Al-Baqarah: 259). Dia hilang selama 100 tahun, dimatikan kemudian dihidupkan semula. Setelah kembali ke kampungnya, orang kampung tidak mengenalinya. Jadi, orang kampung ingat bahawa anak Tuhan lah. Sebelum ini hilang, tiba-tiba muncul sihat dan muda lagi. 

Ų£َŁˆْ ŁƒَŲ§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ł…َŲ±َّ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ Ł‚َŲ±ْŁŠَŲ©ٍ ŁˆَŁ‡ِŁŠَ Ų®َŲ§ŁˆِŁŠَŲ©ٌ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ Ų¹ُŲ±ُŁˆŲ“ِŁ‡َŲ§ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų£َŁ†َّŁ‰ٰ ŁŠُŲ­ْŁŠِŁŠ Ł‡َٰŲ°ِŁ‡ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŲØَŲ¹ْŲÆَ Ł…َŁˆْŲŖِŁ‡َŲ§ ۖ ŁَŲ£َŁ…َŲ§ŲŖَŁ‡ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…ِŲ§Ų¦َŲ©َ Ų¹َŲ§Ł…ٍ Ų«ُŁ…َّ ŲØَŲ¹َŲ«َŁ‡ُ ۖ Ł‚َŲ§Ł„َ ŁƒَŁ…ْ Ł„َŲØِŲ«ْŲŖَ ۖ Ł‚َŲ§Ł„َ Ł„َŲØِŲ«ْŲŖُ ŁŠَŁˆْŁ…ًŲ§ Ų£َŁˆْ ŲØَŲ¹ْŲ¶َ ŁŠَŁˆْŁ…ٍ ۖ Ł‚َŲ§Ł„َ ŲØَŁ„ Ł„َّŲØِŲ«ْŲŖَ Ł…ِŲ§Ų¦َŲ©َ Ų¹َŲ§Ł…ٍ ŁَŲ§Ł†ŲøُŲ±ْ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ Ų·َŲ¹َŲ§Ł…ِŁƒَ ŁˆَŲ“َŲ±َŲ§ŲØِŁƒَ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲŖَŲ³َŁ†َّŁ‡ْ ۖ ŁˆَŲ§Ł†ŲøُŲ±ْ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ Ų­ِŁ…َŲ§Ų±ِŁƒَ ŁˆَŁ„ِŁ†َŲ¬ْŲ¹َŁ„َŁƒَ Ų¢ŁŠَŲ©ً Ł„ِّŁ„Ł†َّŲ§Ų³ِ ۖ ŁˆَŲ§Ł†ŲøُŲ±ْ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŲ¹ِŲøَŲ§Ł…ِ ŁƒَŁŠْŁَ Ł†ُŁ†Ų“ِŲ²ُŁ‡َŲ§ Ų«ُŁ…َّ Ł†َŁƒْŲ³ُŁˆŁ‡َŲ§ Ł„َŲ­ْŁ…ًŲ§ ۚ ŁَŁ„َŁ…َّŲ§ ŲŖَŲØَŁŠَّŁ†َ Ł„َŁ‡ُ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų£َŲ¹ْŁ„َŁ…ُ Ų£َŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ ŁƒُŁ„ِّ Ų“َŁŠْŲ”ٍ Ł‚َŲÆِŁŠŲ±ٌ

Dia melewati sebuah kampung di mana sudah hancur musnah dan terfikir macam mana Allah nak hidupkan semula orang-orang yang mati. Lalu, Allah nak mengujinya dengan mematikannya. 100 tahun kemudian dihidupkan semula dan sihat macam sedia kala. Allah bertanya, apa perasaannya? Dia menjawab seolah-olah selepas bangun daripada tidur. Allah memberitahu, Dia mematikannya selama 100 tahun. Kalau tidak percaya, lihatlah keldai dan bekalannya dan baliklah semula ke kampungnya. 

Nabi Isa pun begitu. Orang Kristian menganggap Nabi Isa sebagai anak Tuhan. Bukan Baginda yang disalib, tetapi orang lain. Jadi, ketiga-tiga pandangan ini adalah tidak benar sama sekali. Seperti yang Allah sebut tadi: 

ŲØَŁ„ْ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆٌ Ł…ُّŁƒْŲ±َŁ…ُŁˆْŁ†َۙ

Mereka semua ialah hamba-hamba Allah yang dimuliakan. Nabi Isa diselamatkan daripada dibunuh, Uzair ditunjukkan kehebatan-Nya dengan menghidupkannya semula setelah mematikannya dan malaikat ialah hamba yang paling rapat dengan-Nya. 

Adab dengan Al-Quran dan Hadis perlu dijaga

Ł„َŲ§ ŁŠَŲ³ْŲØِŁ‚ُŁˆْŁ†َŁ‡ٗ ŲØِŲ§Ł„ْŁ‚َŁˆْŁ„ِ ŁˆَŁ‡ُŁ…ْ ŲØِŲ§َŁ…ْŲ±ِŁ‡ٖ ŁŠَŲ¹ْŁ…َŁ„ُŁˆْŁ†َ

Maksudnya: mereka tidak berbicara mendahului-Nya dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. (27)

(al-Anbiya’: 27)

Sifat malaikat tidak mendahului Allah. Ia meletakkan perintah Allah di hadapan. Kita orang beriman pun seharusnya begitu juga. Perintah agama yang datang daripada al-Quran dan hadis kena diletakkan di hadapan. Jangan kita menjadi lebih cerdik daripada al-Quran dan hadis. Inilah adab yang harus dijaga. 

Kalau al-Quran berkata begitu, maka begitulah. Jangan berasa kita lebih pandai daripada al-Quran. Contoh Nabi suruh kita solat, kita kata: “aii.. nak semaye buat apa, ambo kalau tidak semaye pun juruh, tidak mencuri. Ambo tak semaye pun, tidak berjudi. Ambo tak semaye pun, tak kenak orang. Jadi nak semaye buat apa?”

Jadi, kita pula lebih cerdik daripada al-Quran ya. Sedangkan solat itu adalah perintah Allah. Jadi juruh atau tidak itu nombor dua, yang penting solatlah. 

Alasan lain dengan kita kata: “aii.. nak semaye buat apa, ambo juruh dah. Poso buat apa, mugo makan pun tidak cukup sokmo. Makan pun orang belanja jah.” Sebab dalam fikiran kita, puasa ini hanya menahan lapar. Jadi, kita pula lebih pandai daripada Allah ya. 

Tambahan lagi, jangan pula kita lebih pandai daripada orang alim. Susunan dalam Islam adalah Allah, Rasul dan kemudian ulamak. Taat kepada Allah dan Rasul tiada had, makna kata mutlak. Manakala taat kepada ulamak ada batasnya, begitu juga mak ayah. Jadi, janganlah kita melanggar batasan sesuka hati. Apatahlagi yang Nabi buat dan disebut dengan jelas dalam hadis sahih. Kalau langgar juga, maka kita sudah tiada adab. 

Dalam susunan solat berjemaah, budak-budak perlu duduk di belakang dan orang tua di hadapan. Jangan mencampurkan budak-budak yang belum berkhatan dengan orang tua dalam saf yang sama. Jemaah wanita pun ada tempatnya, tidak boleh bercampur sekali dengan jemaah lelaki dalam saf. Dalam kitab disebut, saf makmum lelaki yang paling afdal ialah saf paling hadapan. Saf makmum wanita yang paling afdal ialah saf paling belakang. Maka, agama sudah mengatur belaka dan ada tertibnya atau adabnya. 

Antara adab malaikat adalah tidak mendahului Allah malah menunggu perintah-Nya. Apa sahaja perintah-Nya, akan dilaksana. Masalah besar hari ini ialah manusia sudah tidak ada adab. Kita lihat sudah bercelaru, menulis sesuka hati dan berbicara sesuka hati sebab tidak ada adab. Dia tidak tahu apa yang dia komen, kritik dan siapa yang dia bahas. Kalau tahu pun, dia tidak ‘reti’ nak letak di mana. 

Faham adab ibarat antara kita dan ibu kita. Sememangnya kita lebih cerdik daripada ibu kita. Boleh jadi ibu kita tidak mengaji dan tidak ‘reti’ tulis nama, tetapi betul atau tidak kalau kita duk berbahas dengan ibu kita? Mentang-mentang kita lepasan universiti, kita duk berbahas begitu begini dengan ibu kita, tidakkah teruk perangai kita? Satu bodoh dan satu lagi tiada adab. 

Agama mengajarkan kita adab. Apa syarat solat berjemaah? Jangan mendahului imam. Mungkin imam tidak belajar pandai macam kita, mentang-mentang kita ada dua tiga sijil balik dari Mesir, imam hanya belajar di Malaysia, tetapi kita tidak boleh mendahuluinya. Dia belum bangun, kita sudah bangun, mana boleh. Dia belum rukuk, kita sudah rukuk, tidak boleh. Itulah yang dipanggil sebagai adab. 

Nak tegur imam pun ada adabnya, perlu sebut “Subhanallah” sahaja. Bukannya menghinanya sebab tidak pandai. Bukannya mengalihkan dan meletakkan di tangga masjid dan kita pula yang menggantikannya. Tidak boleh. Jemaah wanita pula boleh setakat tepuk dan bertasbih. Walaupun wanita kan ada suara yang lebih kuat daripada lelaki, kita dengar pun boleh terkejut, tetapi tidak boleh. 

Biasanya Solat Jemaah kita tidak tinggal, tetapi kita tidak boleh ‘apply’ ajaran-ajaran agama dalam hidup kita. Sebab kita duk nampak, ibadah itu cuma setakat ibadah sahaja. Kita tidak ‘reti’ apa yang Allah nak ajar dalam ibadah. Ada perkara yang Allah nak ajar seperti tertib dalam solat berjemaah. Tertib pula ada kaedahnya seperti cara menegur imam. 

Melintas di hadapan saf orang solat sesuka hati pun masalah juga. Di Mekah, ia dibolehkan sebab keadaannya sesak. Kita ikut terbawa-bawa ke negara kita kenapa? Sedangkan kebanyakan jemaah yang pergi ke sana bukanlah alim. Yang solat tidak menghadap kiblat pun ada. Yang tidur dengan air liur basi, dengar azan, terus bangun mendirikan solat pun ada. Kalau nak ikut sangat seperti di Mekah, pakailah ihram di rumah. 

Ada sesetengah mereka yang melakukan saie sunat. Datang daripada mana saie sunat? Tawaf sunat ada lah. Saie ini dilakukan ketika melaksanakan umrah atau haji. Ada yang berpakaian jubah pun melakukan saie. Ada juga yang membuat siaran langsung ketika melakukan tawaf. Ia adalah ibadah yang tidak boleh dibuat main walaupun tidak batal kalau buat begitu. 

Tergamakkah kita saat berada di hadapan raja, kita berbual? Itu adalah rumah Allah, ada yang boleh berbual-bual pula. Ada yang menunjuk itu ini. Inilah masalah besar yang berlaku pada hari ini. Maka, pentingnya mengikut agama dan memahami ibadah dengan baik serta tidak mendahului perintah Allah SWT. 

ŁŠَŲ¹ْŁ„َŁ…ُ Ł…َŲ§ ŲØَŁŠْŁ†َ Ų§َŁŠْŲÆِŁŠْŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŁ…َŲ§ Ų®َŁ„ْŁَŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ“ْŁَŲ¹ُŁˆْŁ†َۙ Ų§ِŁ„َّŲ§ Ł„ِŁ…َŁ†ِ Ų§Ų±ْŲŖَŲ¶ٰŁ‰ ŁˆَŁ‡ُŁ…ْ Ł…ِّŁ†ْ Ų®َŲ“ْŁŠَŲŖِŁ‡ٖ Ł…ُŲ“ْŁِŁ‚ُŁˆْŁ†َ

Maksudnya: Dia (Allah) mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka dan mereka tidak memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredai (Allah), dan mereka selalu berhati-hati karena takut kepada-Nya. (28)

(al-Anbiya’: 28)

Allah lebih mengetahui tentang benda yang Dia buat dan apa yang Dia nak buat. Mereka akan memberi syafaat kepada sesiapa yang diredai oleh Allah sahaja. Mereka sentiasa cemas dan takut dengan azab Allah SWT. 

Wallahu ‘alam. 

Kuliah Tafsir Mingguan (Surah al-Anbiya’) disampaikan Yang di-Pertua Dewan Negeri Kelantan, Dato’ Sri Amar D’Raja Haji Mohd Amar Abdullah yang juga Naib Presiden PAS pada Isnin, 12 Februari 2024 di Masjid Assidiqin, Mukim Panchor, Kelantan. – HARAKAHDAILY 16/2/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo