NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Nik Elin bukti Malaysia makin tak amal Federalisme?




KUALA LUMPUR
: Malaysia mutakhir ini semakin tidak mengamalkan sistem Federalisme atau Persekutuan yang sebenar, sebaliknya lebih seperti negara Kesatuan (Unitary), kata pengkritik ekonomi dan politik, Hezri Sardi.

Federalisme menurut beliau, sepatutnya mewujudkan perkongsian dan keseimbangan kuasa antara Pusat dan Negeri yang berlaku daripada desentralisasi yakni serah atau mengagihkan kuasa Pusat kepada Negeri.

Kupasannya itu sebagai menjawab kecaman penyokong kerajaan terhadap pembangkang yang didakwa tidak memiliki semangat Federalisme ekoran kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Penyokong kerajaan katanya, menganggap Federalisme bermaksud Negeri tidak boleh ada undang-undang yang seakan bertindih dengan Pusat dan jika Pusat boleh laksana hukuman lebih berat, maka hukuman ringan di Negeri adalah bodoh dan tidak perlu.

“Satu lagi ajaran sesat penyokong kerajaan ialah menyangka Federalisme bermaksud ‘Negeri wajib mengalah kepada Pusat dalam apa jua keadaan’. Sedangkan, di negara-negara lain yang amalkan Federalisme, pertindihan peraturan Pusat dan Negeri adalah perkara biasa. 

“Kita ambil contoh negara dunia pertama yang asaskan Federalisme iaitu Amerika Syarikat. Mahkamah pusat dan negeri banyak bertindih,” ujar beliau yang merupakan Bendahari Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Melaka.

Hezri mengemukakan contoh Kerajaan Negeri Virgina yang mengharamkan menyimpan barang kawalan dadah iaitu marijuana, methamphetamin, kokain dan heroin, tetapi Kerajaan Pusat Amerika Syarikat pula lebih kepada larang pergerakan barang tersebut. 

Terangnya, kesalahan yang lebih kurang sama dan bertindih antara Negeri-negeri dengan Pusat, tetapi hukuman berbeza, bahkan banyak keadaan, hukuman Negeri lebih berat sebab di Pusat adanya Akta Pembaharuan dan Pembetulan Hukuman.

“Justeru, bila penyokong kerajaan penuh yakin kata Pusat dan Negeri tak boleh bertindih dan hukuman lebih berat lagi bagus, seolah-olah ia satu kebenaran mutlak sedunia. Orang politik acah-acah pandai ni sebenarnya sebar ajaran sesat.

“Punca kenapa banyak orang salah faham, kerana slogan ‘Bersekutu’ di jata negara serta perkataan ‘Persekutuan’ dalam nama Tanah Melayu dan Malaysia,” ujar bekas Ketua Wira PERKASA Bahagian Hang Tuah Jaya.

Malaysia pada pandangannya, menyamai dan lebih baik dari Persekutuan Afrika Selatan, namun dari segi amalan, negara Kesatuan seperti United Kingdom dan Jepun lebih Federalisme berbanding Malaysia di sudut keseimbangan antara Pusat dengan Negeri.

Tambahnya lagi, semasa Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1957, bidang kuasa negeri dibataskan kepada undang-undang Islam, tanah, pertanian atau hutan, Pihak Berkuasa Tempatan dan perkhidmatan tempatan, serta jentera negeri. 

Bagaimanapun menurutnya, sejak Sabah Sarawak masuk dalam Persekutuan Malaysia, lima kuasa negeri-negeri Melayu yang tersebut juga dihakis secara besar-besaran apabila dibuat pertindihan fungsi dengan Pusat. 

“Misalnya, buat akta Parlimen Pusat berkaitan berkaitan tanah, hutan dan Islam. Selepas ada akta, Pusat tubuhkan agensi atau jabatan pusat berkaitan lalu diberi dana. Walaupun perlembagaan mengkhusus lima bidang tu kepada negeri-negeri, kuasa tu tak dapat dibuat. 

“Sebab kerajaan guna duit melalui jabatan Pusat, tak bagi dana kepada Negeri. Negeri bila tiada duit, tidak dapat laksana kuasa. Negeri-negeri di Amerika boleh pungut cukai pendapatan, sama macam Pusat. 

“Di Malaysia, hanya Pusat pungut cukai pendapatan dan cukai perbelanjaan. Negeri-negeri Malaysia tak boleh pinjam duit kecuali dari Pusat, tapi negeri-negeri boleh pinjam duit dari luar,” terangnya. – HARAKAHDAILY15/2/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo