Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya mengambil maklum pendirian Bersih dan menghormati pandangan gabungan itu. |
PETALING JAYA: Kerajaan tidak pernah melupakan reformasi institusi kerana ia antara perkara utama diperjuangkan pentadbiran Anwar Ibrahim, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata, kerajaan yang menyedari keutamaan reformasi institusi menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi meneliti agenda atau manifesto untuk dilaksanakan.
Awal hari ini, gabungan pertubuhan sivil, Bersih, memberi amaran akan menunjuk perasaan jika kerajaan enggan melaksanakan semua agenda reformasi dijanjikan sebelum jadi kerajaaan.
“Saya percaya apa dinyatakan NGO dan orang awam ini diambil kira dan platform terbaik bincang bagi kerajaan adalah jawatankuasa saya sebut tadi,” kata Fahmi pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, petang tadi.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Rafizi Ramli, menteri ekonomi dan juga timbalan presiden PKR.
Terdahulu, Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz, mendakwa rakyat kecewa berikutan pelaksanaan agenda reformasi yang menurutnya indah khabar dari rupa.
Bersih sebelum ini dikaitkan dengan lima tunjuk perasaan besar-besaran, terutama berkaitan proses pilihan raya.
Fahmi berkata, pihaknya mengambil maklum pendirian Bersih dan menghormati pandangan gabungan itu.
Sementara itu, beliau berkata Jemaah Menteri telah dimaklumkan blok pemerintah sudah mempunyai calon Yang di-Pertua Dewan Negara bagi menggantikan Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Beliau berkata, pengumuman rasmi akan dibuat sebelum Dewan Negara bersidang pada Mac.
Selain itu, menteri mengesahkan kementeriannya sudah mempunyai calon ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) bagi menggantikan Agus Yusoff yang meletak jawatan.
“Sebenarnya yang lebih penting daripada pelantikan ketua pengarah J-Kom kita dalam proses rombak keseluruhan struktur…ia tak akan berfungsi seperti sebelum ini,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment