PUCHONG: Kerajaan memperkenalkan beras putih Malaysia Madani yang akan dijual dengan harga RM30 bagi kampit 10kg bermula 19 Feb ini.
Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang kini mengetuai jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup bawah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol).
Beliau berkata, dengan nama baru itu kategori beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) dimansuhkan.
“Pengguna boleh mendapatkan bekalan beras putih berharga RM30/kampit di pasaran mulai 1 Mac.
“Tempoh 19 Feb hingga 1 Mac berikutan mengambil masa untuk dijual di pasaran,” katanya pada sidang media.
Syed Hussin berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan dipersetujui untuk dilaksanakan.
“Saya telah diberi amanah sebagai jawatan (Naccol) untuk menyelesaikan sedikit-sebanyak kos sara hidup ini (dan) saya kena buat tindakan pantas. Ini pengumuman,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata bagi beras putih Malaysia Madani untuk kampit 5kg akan dijual pada harga RM15.50 dan 1kg RM3.50.
Katanya, dengan itu ia memberi peluang kepada petani dan pesawah selesa dengan harga siling beras yang diumumkan.
“Ini memberi ruang selama 18 tahun harga beras tidak naik. Industri juga boleh ‘survive’ dengan harga RM30 untuk 10kg,” katanya.
Syed Hussin berkata, kerajaan turut membenarkan bungkusan lama dipakai tetapi mesti dipotong dan ditampal dengan pelekat RM30.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment