Foto: Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ahmad Muntasir (kiri) dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Wan Arif Wan Bazli (kanan). |
- Kerajaan diminta memperhalusi cadangan membenarkan graduan asing institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bekerja sementara di negara ini bagi mengelakkan pasaran pekerjaan tempatan terjejas.
- “Lebihkan peratusan peluang untuk anak tempatan kerana kini masih ramai lagi yang berbakat tetapi tidak dapat pekerjaan dalam bidang mereka yang akhirnya mendorong mereka untuk mencari kerja di luar negara.
- “Rugi bakat anak tempatan tidak dimanfaatkan untuk kemajuan negara,” kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Wan Arif Wan Bazli dipetik FMT hari ini.
- Beliau mengulas cadangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang disuarakan baru-baru ini berhubung graduan asing IPT tempatan dibenarkan bekerja sementara di Malaysia.
- Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ahmad Muntasir mengharapkan kerajaan dapat memastikan pasaran tenaga kerja domestik tidak tergugat dengan membenarkan graduan asing bekerja.
KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta memperhalusi cadangan membenarkan graduan asing institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bekerja sementara di negara ini bagi mengelakkan pasaran pekerjaan tempatan terjejas.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Wan Arif Wan Bazli berkata kerajaan perlu mengkaji “agihan” peluang pekerjaan ditawarkan di antara graduan tempatan dengan asing sekiranya cadangan itu dilaksanakan.
“Lebihkan peratusan peluang untuk anak tempatan kerana kini masih ramai lagi yang berbakat tetapi tidak dapat pekerjaan dalam bidang mereka yang akhirnya mendorong mereka untuk mencari kerja di luar negara.
“Rugi bakat anak tempatan tidak dimanfaatkan untuk kemajuan negara,” katanya dipetik FMT hari ini.
Beliau mengulas cadangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang disuarakan baru-baru ini berhubung graduan asing IPT tempatan dibenarkan bekerja sementara di Malaysia.
Zafrul berkata cadangan itu dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara di mana pelajar asing banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan tahun ini sahaja pelajar dianggarkan berbelanja RM7.3 bilion setahun.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ahmad Muntasir mengharapkan kerajaan dapat memastikan pasaran tenaga kerja domestik tidak tergugat dengan membenarkan graduan asing bekerja.
“Langkah ini agak merisaukan…seolah-olah menampakkan kerajaan mengambil jalan mudah dalam memenuhi kehendak pelabur, pada masa turut tidak yakin dengan kebolehan graduan tempatan.
“Kerajaan seharusnya melakukan kajian rentas kementerian untuk meneliti data berkaitan dengan lebih mendalam. Adakah benar institusi pengajian tinggi kita ketandusan bakat tempatan?” katanya.
Ahmad berkata keutamaan perlu diberikan kepada pendidikan dan pembangunan bakat tempatan bagi memastikan keupayaan negara dalam menghasilkan bakat berkualiti sendiri. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment