NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan digesa konsisten laksana penbaharuan ekonomi

Mohd Shahar Abdullah meminta semua pihak tidak menjadikan penyusutan nilai ringgit ketika ini sebagai ‘kayu pengukur’ kedudukan ekonomi negara.


KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen menggesa kerajaan terus konsisten dan komited dalam melaksanakan pembaharuan ekonomi dan tidak melakukan pusingan U.

Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berkata pelaksanaan dan pengurusan dari segi komunikasi membabitkan hal ekonomi perlu dilakukan secara bijak serta berani.

“Perlu turun padang berjumpa dengan ‘high touch points’ (seperti) guru, pelajar, doktor atau ketua-ketua masyarakat bagi memberi penerangan dan pemahaman yang jelas menggunakan laras bahasa yang mudah di fahami, ‘laymen term’.

“Ini pasti akan meningkatkan lagi kredibiliti kerajaan, bukan hanya melalui perancangan semata-mata tetapi penjelasan yang jelas dan pelaksanaan yang berkesan,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Shahar meminta semua pihak tidak menjadikan penyusutan nilai ringgit yang dialami ketika ini sebagai “kayu pengukur” kedudukan ekonomi negara.

“Berdasarkan penerangan yang diberikan, saya yakin kerajaan sememangnya tidak berdiam diri malah sebaliknya agresif di dalam merangka pelbagai strategi mendepani isu penurunan ini.

“(Penyusutan ringgit) bukan hanya ‘internal factors’ semata, tetapi turut berhubung kait dengan ‘external factors’,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo