NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa ‘keras’ terhadap Ahli Parlimen macam Hassan, soal Zaid

Zaid Ibrahim berkata, toleransi kerajaan terhadap kebebasan menyuarakan pandangan ‘membimbangkan’.


PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim mempertahan veteran PKR, Hassan Karim selepas beliau ditegur agar tidak memberi komen “mengguris hati” parti dalam kerajaan perpaduan.

Hassan, yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, sebelum ini mengutarakan pandangan supaya Umno merombak kepimpinannya yang segar, berintegriti, dan berkarisma, daripada “menumpang dahan” Pakatan Harapan yang diakui “rapuh” menjelang PRU16.

“Apa salahnya beri teguran mesra? Pemimpin kita ini mudah sangat tersentuh sampai ke tahap reaksi tidak wajar terhadap kenyataan Hassan, macam mereka mahu kenakan tindakan terhadapnya.

“Jangan macam itu. Bagus kita ada Ahli Parlimen yang ada pandangan bernas, (mereka) tak banyak tinggal,” kata Zaid dalam catatan X (dulu Twitter).

Semalam, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, berkata kenyataan dibuat Hassan itu adalah pandangan peribadinya dan tidak mewakili PKR. Katanya, beliau sendiri telah memberi teguran keras.

Beliau menegur Hassan agar tidak terlalu pantas memberi komen dan jangan menjaga “kain parti orang lain”, walaupun menggambarkan Hassan seorang berprinsip, namun caranya tidak membantu.

Hassan dalam maklum balas, berkata beliau bersedia dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat kerana menyatakan pandangannya.

Dalam pada itu, Zaid berkata, beliau menggemari bekas Ahli Parlimen seperti Khairy Jamaluddin, Tony Puan, dan Ong Kian Ming.

“Kita tidak semestinya bersetuju dengan semua yang mereka katakan, tapi ia okay. Nasib baik, kita masih ada (Ahli Parlimen Muar) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Hassan, dan beberapa daripada Perikatan Nasional yang boleh menyumbang idea baik.

“Tiada keperluan mengambil tindakan terhadap mereka yang mempunyai pandangan bertentangan,” katanya.

Zaid turut mempersoal tahap toleransi kerajaan yang disifatkan “membimbangkan” terhadap rakyat yang mahu menyuarakan pandangan, merujuk kepada keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dalam kes Najib Razak.

Fahmi dilaporkan memberi ingatan kepada semua pihak agar berwaspada mengulas berkait keputusan lembaga itu – jangan sampai melanggar undang-undang dan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan raja).


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo