Pengurus Jualan dan Pemasaran Hotel Grand Riverview, Wan Aisyah Wan Llah berkata, harga bilik dijangka meningkat bagi menampung kos yang terpaksa ditanggung pengurusan hotel.
“Perkara itu tidak dapat dielakkan memandangkan SST dinaikkan kerajaan daripada enam kepada lepan peratus bermula 1 Mac ini,” katanya ketika ditemui di sini.
Pada Belanjawan 2024, Kerajaan Persekutuan mengumumkan menaik kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus berkuat kuasa pada 1 Mac ini.
Kenaikan kadar SST tersebut dijangka memberi kesan berganda kepada rakyat dengan kenaikan lagi harga barangan keperluan.
Wan Aisyah juga berkata, Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024 turut memberi kesan positif kepada industri perhotelan di Kelantan.
Menurutnya juga TMK antara faktor Kelantan dibanjiri pelancong sehingga tempahan penginapan di hotel meningkat.
“Kita ada satu kaunter dibuka sebuah agensi pelancongan yang menyediakan pakej bagi pelancong yang ingin ke destinasi tertentu di Kelantan.
“Kerajaan negeri melalui Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) turut menghebahkan program TMK dan GRV membantu promosikan program yang dianjurkan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/2/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment