Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, ramai rakyat negara ini belum tahu keistimewaan PASTI, walaupun ada yang mencebek tanpa maklumat semata-mata perbedaan politik.
Beliau berkata, institusi berkenaan dengan jumlah ribuan premis di seluruh negara adalah prasekolah yang mengenakan yuran paling rendah.
Selain menerima pelajar bukan Islam, pelajar OKU bahkan semiskin mana pun latar belakang keluarga.
“Baru-baru ini kecoh isu yuran bulanan PASTI yang dikatakan tinggi, membandingkan dengan pra sekolah lain seperti Kemas yang jelas-jelas mendapat bantuan kerajaan. Ini perbandingan yang tidak adil.
“Jika dibandingkan dengan prasekolah swasta yang lainnya, PASTI adalah yang paling rendah bayaran bulanannya. Namun terdapat juga ibu bapa yang tidak mampu hendak melunaskan yuran bulanan.
“Dalam situasi tersebut pihak PASTI tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap pelajar tersebut dan masih memberi peluang dan ruang untuk anak-anak PASTI tersebut terus menadah ilmu. Itu realitinya kerana kita faham keadaan mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, semalam.
Mengulas berhubung kos bayaran kata beliau, melihat apa yang pelajar perolehi sepanjang pengajian amatlah berbaloi.
“Bukan semata-mata akademik, ianya turut mencakupi hal dunia dan akhirat.
“Selain itu para pelajar turut didedahkan dengan aktiviti yang mempu membina keyakinan diri serta membentuk sahsiah diri seperti pertandingan Alam Ria PASTI yang diisi dengan pelbagai acara seperti hafazan, bercerita, pidato, khutbah, nasyid, kalam jamaie dan banyak lagi.
“Oleh yang demikian, seharusnya PASTI diberi sokongan kerana dalam ruang yang terhad, mereka telah menunaikan fardhu kifayah dalam sektor pendidikan menutupi lompong-lompong yang ada,” katanya.
Untuk rekod, sejak 1980 PASTI beroperasi sebanyak 2,497 buah PASTI beroperasi di seluruh Malaysia dengan jumlah guru sebanyak 9,539.
Seramai 125,065 pelajar PASTI berumur 4, 5 dan 6 tahun sehingga pada 2022 dan setiap tahun angka ini akan terus meningkat. – HARAKAHDAILY 4/2/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment