NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kecuaian polis sebabkan kematian tahanan Ganapathy, kata mahkamah

Koroner berkata, A Ganapathy tidak dibawa ke hospital setiap hari seperti diperintahkan mahkamah untuk merawat lukanya.



SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini memutuskan kecuaian anggota polis di lokap IPD Selayang menyumbang kepada kecederaan di kaki A Ganapathy bertambah teruk sehingga menyebabkan kematiannya.

Keputusan itu menyusul tiga tahun selepas kematiannya pada 2021, yang dilaporkan media selepas keluarganya mendakwa kematian Ganapathy akibat kecederaan pada kaki dan bahunya ketika dalam tahanan polis.

Koroner Rasyihah Ghazali mendapati Ganapathy, yang menghidap diabetes, meninggal dunia akibat “necrotising fasciitis of the right lower limb complicated with sepsis”, tetapi ia boleh dielakkan jika anggota di lokap mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan jangkitan kuman pada luka Ganapathy tidak merebak.

“Atas ptimbangan kebarangkalian, saya dapati sebab kematian si mati adalah necrotising fasciitis.

“Luka akibat jangkitan kuman yang serius adalah disebabkan kecuaian dan peninggalan tugas oleh anggota lokap Balai Polis Selayang dalam memberikan ubat kencing manis mengikut jadual serta tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan luka di kaki si mati tak merebak.”

Berdasarkan keterangan saksi, katanya, polis tahu keadaan diabetesnya dan turut dimaklumkan kepada majistret ketika permohonan reman.

Beliau mendapati si mati tidak dibawa ke hospital setiap hari seperti diperintahkan mahkamah untuk merawat lukanya.

Menurutnya, anggota lokap perlu memastikan rawatan dan perhatian sewajarnya diberikan kepada tahanan yang menghidap penyakit kronik.

Tetapi, mahkamah tidak dapat memastikan sama ada kecederaan dialami si mati disebabkan polis atau datang dari tempat lain.

Sementara itu, peguam keluarga, M Visvanathan berkata, mereka akan memfailkan saman sivil berdasarkan penghakiman hari ini sebelum April ini.

Ganapathy meninggal dunia di Hospital Selayang pada 18 April 2021, hanya sebulan selepas dia dimasukkan ke wad. Dia ditahan pada 24 Feb tahun sama bagi membantu siasatan satu kes di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo