NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KDN pantau reaksi berlebihan isu keputusan Mahkamah Persekutuan



  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan pemantauan berterusan berhubung semua perkara yang boleh menyumbang kepada ketidaktenteraman awam.
  • Ia termasuk reaksi awam berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah pada Jumaat lalu.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pasukan khas 3R bagi menangani isu penghinaan terhadap institusi diraja, agama dan bangsa akan membuat siasatan terhadap reaksi berlebihan berhubung isu itu.
  • “Siasatan akan dilengkapkan dalam tujuh hari sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya, hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan pemantauan berterusan berhubung semua perkara yang boleh menyumbang kepada ketidaktenteraman awam.

Ia termasuk reaksi awam berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah pada Jumaat lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan sebagai berkata pasukan khas 3R bagi menangani isu penghinaan terhadap institusi diraja, agama dan bangsa akan membuat siasatan terhadap reaksi berlebihan berhubung isu itu.

“Siasatan akan dilengkapkan dalam tujuh hari sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan itu secara spesifik merujuk kepada cabaran yang juga spesifik, di sebalik kenyataan Ketua Hakim Negara (Tun Tengku Maimun Tuan Mat) yang sangat jelas, yang mana ia bukan berkaitan mencabar Islam ataupun menggugat peranan mahkamah syariah.

“Ia berkisar kepada aspek cabaran terhadap bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membuat undang-undang itu.

“Kita berpendapat rakyat akan menilai secara objektif terhadap dakwaan kononnya keputusan itu mencabar Islam, undang-undang syariah dan sebagainya.

“Pemantauan secara berterusan akan dilakukan (terhadap elemen yang menyumbang ketidaktenteraman awam), bukan istimewa untuk insiden ini sahaja,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya, hari ini.

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, termasuk bagi kesalahan liwat, gangguan seksual, menawarkan atau menyediakan khidmat maksiat dan memusnahkan atau mencemar rumah ibadat adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim dipengerusikan Tengku Maimun membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel itu berkata mahkamah membenarkan petisyen itu kerana DUN membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo