NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaji semula Enakmen Jenayah Syariah Pahang – Pas

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar (tiga dari kanan) bersama pimpinan Pas Pahang menunjukkan dapatan Perbandingan Peruntukan Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan dengan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Pahang


KUANTAN – Kerajaan negeri digesa segera tubuh jawatan kuasa bagi mengkaji dan meneliti semula peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, ia penting bagi mengelakkan berlakunya kejadian mencabar peruntukan undang-undang di Pahang seperti yang berlaku di Kelantan baru-baru ini.

“Sehingga kini, lepas seminggu, kita belum mendengar sedikit pun ulasan daripada pihak kerajaan negeri terutama daripada Exco Agama berkaitan dengan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pejabat Pas Kawasan Kuantan, di sini hari ini bersama barisan pimpinan Pas Pahang yang lain.

Ditanya jika Pas Pahang ada bertemu dengan kerajaan negeri bagi perbincangan lanjut berkaitan gesaan tersebut, katanya, ia mungkin akan dilakukan jika kerajaan negeri masih mengunci mulut.

Malah, tambah beliau, Pas Pahang juga bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri sekiranya diminta untuk memberikan pandangan, cadangan atau sama-sama terlibat dalam jawatankuasa itu.

“Kerana ini adalah urusan awam, urusan orang Islam yang perlukan semua pihak tanpa melihat kepada parti. Ini bukan isu orang Pas. Ini isu rakyat dan negeri. Jadi kita harap kerajaan negeri bersikap terbuka dalam menangani perkara ini segera,” tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pas (Luham) Pahang, Mohd Zamri Ibrahim memberitahu, terdapat lima peruntukan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Pahang yang dikenalpasti hampir sama intipati dengan Enakmen Kanun Jenayah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Antaranya Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang iaitu berkaitan peruntukan Muncikari (Bapa Ayam). Seterusnya penggunaan tanda halal di Seksyen 51 Enakmen Jenayah Syariah Pahang, Seksyen 11 iaitu memusnah mencemarkan masjid dan sebagainya,” katanya.

Justeru, katanya ia amat penting bagi Kerajaan Pahang mengambil tindakan segera, seeloknya sebelum sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo