NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaji pinda Perlembagaan lindung undang-undang syariah, PN beritahu kerajaan

Petisyen difailkan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid terhadap kerajaan Kelantan akan diputuskan Mahkamah Persekutuan esok. 


PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan mengkaji pindaan Perlembagaan yang bersesuaian bagi melindungi kedaulatan undang-undang syariah.

Pengerusi Muhyiddin Yassin berkata pindaan itu dapat memperkasa dan mempertahankan sistem kehakiman syariah negara.

“Esok, Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk memberi keputusan dalam kes petisyen Nik Elin Zurina terhadap kerajaan Kelantan bagi mengisytiharkan 18 peruntukan kesalahan dalam enakmen jenayah syariah negeri itu, terbatal dan tidak sah.

“Cabaran terhadap undang-undang syariah ini amat dikesali kerana petisyen ini akan memberi kesan dan impak negatif kepada sistem perundangan syariah bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Muhyiddin mengulas petisyen difailkan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid terhadap kerajaan Kelantan yang akan diputuskan esok.

Pada 21 Nov lalu, kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata jawatankuasa itu akan meneliti dan berbincang dengan mufti serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, Majlis Raja-Raja juga berminat dan memberi perkenan supaya jawatankuasa itu melakukan kajian dalam meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah terhadap umat Islam dan pada masa sama tidak memberi kesan ke atas golongan bukan Islam.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyeru Ahli Parlimen khususnya yang beragama Islam sebagai anggota badan legislatif bersatu dan berdiri teguh di belakang Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Beliau berkata, mereka perlu bersedia menjunjung apa jua titah dan perkenan baginda dalam mempertahankan sistem perundangan Islam di negara ini.

“Marilah kita semua berdoa agar keputusan Mahkamah Persekutuan esok akan menyebelahi kerajaan Kelantan dan umat Islam secara keseluruhannya,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo