LANGKAWI: Jemaah Menteri telah meluluskan pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, umum Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Loke berkata, kerja itu akan dilaksanakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), yang bersedia membiayai projek tersebut.
“Kita telah membina satu model pemulihan pelaburan (untuk projek ini), kosnya akan ditanggung oleh MAHB, dan saya yakin ia akan menjadi lapangan terbang yang menguntungkan.
“Projek ini akan bermula pada suku kedua atau ketiga tahun ini, dan kami berharap dalam tempoh tiga tahun (ia akan siap),” katanya semasa pelancaran Routes Asia 2024 anjuran MAHB dan Tourism Malaysia.
Oktober lepas, kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM93 juta untuk menyokong pemerolehan tanah dan penambahbaikan prasarana bagi pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti untuk menyegerakan saluran dana untuk projek itu.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mampu menampung 6.5 juta penumpang setahun dan telah mendapat kelulusan untuk menggandakan kapasiti ini oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu.
Menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng berkata, sebuah syarikat swasta akan dipilih melalui tender terbuka untuk membesarkan lapangan terbang tersebut dengan kos RM1.2 bilion menjelang akhir 2019.
Bagaimanapun, projek pembesaran lapangan terbang itu ditangguhkan selepas pertukaran kerajaan persekutuan dan wabak Covid-19 pada 2020.
Bekas menteri pengangkutan yang juga presiden MCA, Wee Ka Siong sebelum ini mendakwa penangguhan itu disebabkan oleh kerajaan PH terdahulu mengubah kaedah pembiayaan untuk projek tersebut.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment