NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jakim tolak bukti nasab Mawla Amin

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menjelaskan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab ‘Mawla Amin’ seperti didakwa pihak tertentu.


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab ‘Mawla Amin’ seperti didakwa pihak tertentu.

Perkara itu dinyatakan Jakim dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook rasmi jabatan itu hari ini.

“Susulan kenyataan dibuat pihak Nur Al Mustafa Malaysia dalam sidang media yang diadakan berhubung nasab ‘Mawla Amin’ bahawa mereka telah mengemukakan bukti dokumen berkaitan kepada Jakim, dimaklumkan bahawa Jakim tidak menerima sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi dan dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad.

Pada 22 Feb lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan masyarakat terutamanya umat Islam supaya tidak terlalu taasub kepada mana-mana individu, sebaliknya perlulah sentiasa berpegang kepada neraca ilmu dan fakta.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo