NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Itu fitnah, saya tak pernah jumpa PM’, tegas Hamzah

Hamzah Zainudin menafikan berunding dengan Anwar Ibrahim di PMO untuk mendapat jawatan.


KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Hamzah Zainudin menegaskan beliau tidak pernah berunding dengan Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapat jawatan seperti didakwa.

Pertama kali tampil menjawab secara terbuka, setiausaha agung Bersatu itu menjelaskan beliau tidak pernah bertemu dengan Anwar sepanjang presiden PKR itu memegang jawatan perdana menteri pada Nov 2022.

“Itu fitnah, saya tak pernah jumpa Anwar sejak beliau jadi PM…terjumpa di Parlimen itu memang ada,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Perikatan Nasional (PN).

Beliau turut mendedahkan pemimpin Bersatu yang berdepan dakwaan sama juga menafikan ada bertemu Anwar bagi tujuan sama.

“Baru-baru ini kami ada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), pemimpin yang dituduh terbabit bersumpah wallahi tak jumpa Anwar,” katanya yang juga setiausaha agung PN.

Selasa lalu, Setiausaha Sulit Hamzah Ahmad Ikhwan Fadhli turut menafikan dakwaan sama.

Ahad lalu, FMT memetik sumber melaporkan sorang pemimpin utama Bersatu baru-baru ini sering kelihatan di PMO dipercayai melakukan rundingan demi “survival” beberapa pemimpin tertentu sehingga pilihan raya parti.

Sumber yang enggan dinamakan mendakwa pemimpin Bersatu berkenaan berjanji akan memberikan lebih banyak sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada kerajaan. Kata sumber itu lagi, “lebih ramai” wakil rakyat Bersatu dijangka isytihar sokongan kepada Anwar.

Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu telah berbuat demikian dengan kekal menjadi ahli parti. Langkah mereka menjadikan Bersatu merancang meminda perlembagaan parti bagi mengelak tindakan sama berulang.

Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo