NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu perpaduan: Jangan buka lebih banyak sekolah vernakular guna bahasa pengantar selain BM – Peguam



  • Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenaan keperluan perpaduan rakyat ditingkatkan wajar dilaksanakan kerajaan melalui ketegasan penggunaan satu bahasa pengantar di semua sekolah untuk memastikan tindakan “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
  • Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata sekiranya satu bahasa pengantar digunakan di semua sekolah, maka generasi muda akan bersatu padu dari zaman kecil hingga ke sekolah menengah, pengajian tinggi dan apabila memasuki alam pekerjaan mereka semua berupaya bertutur dalam satu bahasa iaitu bahasa Melayu yang juga bahasa Kebangsaan.
  • “Justeru saya menyeru semua sistem kerajaan sekarang untuk sekurang-kurangnya tidak membuka lebih banyak sekolah vernakular menggunakan bahasa pengantar selain daripada bahasa Melayu mulai sekarang dan menubuhkan satu jawatankuasa yang lebih rapi untuk meneliti dan merangka polisi akan datang supaya bahasa pengantar di sekolah sekolah dikhususkan kepada satu bahasa pengantar. 
  • “Kita rakyat Malaysia sayangilah bahasa negara kita, sayangilah bahasa rasmi negara dan bersatu padulah di bawah bahasa yang satu,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Isnin.
  • Beliau mengulas laporan media berkenaan kebimbangan besar Yang di-Pertuan Agong terhadap Malaysia iaitu antaranya berhubung isu perpaduan antara kaum yang belum sempurna walaupun negara sudah merdeka lebih 60 tahun.

KUALA LUMPUR — Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenaan keperluan perpaduan rakyat ditingkatkan wajar dilaksanakan kerajaan melalui ketegasan penggunaan satu bahasa pengantar di semua sekolah untuk memastikan tindakan “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata sekiranya satu bahasa pengantar digunakan di semua sekolah, maka generasi muda akan bersatu padu dari zaman kecil hingga ke sekolah menengah, pengajian tinggi dan apabila memasuki alam pekerjaan mereka semua berupaya bertutur dalam satu bahasa iaitu bahasa Melayu yang juga bahasa Kebangsaan.

“Bukankah dengan cara ini kita boleh meluntur buluh daripada rebung? Bukankah dengan cara ini kita boleh menentukan perpaduan rakyat Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan sempurna memakai terima titah baginda tuanku. 

“Justeru saya menyeru semua sistem kerajaan sekarang untuk sekurang-kurangnya tidak membuka lebih banyak sekolah vernakular menggunakan bahasa pengantar selain daripada bahasa Melayu mulai sekarang dan menubuhkan satu jawatankuasa yang lebih rapi untuk meneliti dan merangka polisi akan datang supaya bahasa pengantar di sekolah sekolah dikhususkan kepada satu bahasa pengantar. 

“Kita rakyat Malaysia sayangilah bahasa negara kita, sayangilah bahasa rasmi negara dan bersatu padulah di bawah bahasa yang satu,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Isnin.

Beliau mengulas laporan media berkenaan kebimbangan besar Yang di-Pertuan Agong terhadap Malaysia iaitu antaranya berhubung isu perpaduan antara kaum yang belum sempurna walaupun negara sudah merdeka lebih 60 tahun.

Agong berkata baginda mengambil maklum memang terdapat segelintir generasi hari ini belum mampu bertutur dalam bahasa Melayu dan gagal menghargai kepelbagaian budaya kaum lain.

Oleh itu, baginda menyeru kerajaan untuk merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni di mana pepatah Melayu ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Mengulas lanjut, Hanif menyeru semua wakil rakyat dan kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk mengambil serius saranan Agong.

“Saya menyeru semua wakil rakyat dan kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek untuk mengambil serius saranan baginda tuanku ke bawah duli Yang di-Pertuan Agong, iaitu berpandukan kepada laporan pendidikan terdahulu seperti laporan Razak 1956 dan Rahman Talib.

“Ia menyatakan dengan jelas bahawa hasrat negara adalah untuk mencapai penggunaan satu bahasa pengantar di semua sekolah iaitu bahasa Melayu. 

“Selepas 66 tahun merdeka bukankah sudah tiba masanya penggubal undang-undang meneliti, mengkaji dan melihat semula laporan-laporan tersebut? Yang adanya lebih 60 tahun untuk melihat bagaimanakah cara untuk melakukannya,” katanya. — The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo