Menurutnya, masalah tersebut terus membelenggu kehidupan harian penduduk dalam kawasan parlimen itu terutamanya membabitkan beberapa buah kampung iaitu Kampung Kubang Tin, Melor Lama dan Jambu Merah.
Beliau berkata, operasi besar-besaran pernah dilaksanakan oleh pihak berkuasa pada tahun lalu dan beberapa siri tangkapan dilakukan terhadap warga asing yang tidak mempunyai dokumen lengkap serta tinggal lebih masa.
“Kawasan itu terdapat dalam 300 hingga 500 orang, kemudian bila saya maklumkan dalam dewan ini pihak berkuasa terus buat tindakan, malangnya selepas dua minggu operasi ini dibuat mereka datang semula dengan jumlah lebih ramai.
“Saya dilaporkan oleh wartawan, dia call saya, dia kata sekarang sudah bertambah lebih kurang 1,200 orang warga asing, jadi saya minta menteri jelaskan kenapa boleh jadi macam itu,” soalnya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Senator Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail menyambut baik maklumat yang disampaikan, bahkan memberi jaminan akan menyelesaikan isu tersebut dengan mengajukannya khususnya kepada Jabatan Imigresen Kelantan.
Beliau berkata, satu jawapan lengkap akan diberikan kepada Ketereh selepas pihak berkuasa membuat siasatan terhadap sebarang kemungkinan yang berlaku termasuk isu membabitkan ketelusan dan integriti.
“Saya alu-alukan untuk maklumat ini diserahkan kepada saya, saya beri jaminan kepada Jabatan Imigresen Malaysia cawang Kelantan dapatkan jawapan lebih lengkap ‘hotspot’ di Kelantan itu di mana, di Ketereh ke Pengkalan Kubor.
“Saya boleh berikan statistik yang YB maksudkan, kalau di sana berulang kembali insiden dan dikhuatiri ada elemen integriti misalnya, itu saya pohon diangkat laporan kepada saya kerana integriti menjadi keutamaan saya,” katanya.
Terdahulu, kebanjiran warga asing bukan sahaja menghantui penduduk dalam Parlimen Ketereh, malah situasi tersebut turut dibangkitkan oleh Ganabatirau Veraman (PH-Klang) yang bimbang peningkatan warga asing. – HARAKAHDAILY29/2/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment