NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Kampung Baru Cina : Sabar Melayu ada hadnya – Wartawan ZRA



  • Wartawan Kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengingatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk berpada-pada dalam keghairahan beliau ingin melebarkan ‘Cina Malaysia’ menerusi tapak warisan kerana orang Melayu ada psike (jiwa).
  • Psyche dia apabila kami menjamu anda makan di ruang tamu jangan kamu ambil makanan dalam periuk nasi kami di dapur kalau kami (Melayu) buat pun kami dianggap kurang ajar, kalau tamu buat apatah lagi?
  • “Jadi telah banyak toleransi kita telah beri dalam hal-hal pengiktirafan UNESCO ini, sama ada satu kita telah benarkan sampai sekarang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina,” katanya menerusi klip video di Facebook bertajuk, ‘Isu Kampung Baru Cina, Sabar Melayu ada hadnya’ pada Sabtu.
  • Zainal mengulas berhubung isu Kor Ming dilaporkan mencadangkan Kampung Baru Cina di Selangor diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) di mana langkah itu dikatakan sebagai mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarahnya.
  • Beliau berkata sepatutnya monumen warisan negara yang mempunyai simbol perjuangan orang Melayu diangkat dalam hal ini.

KUALA LUMPUR — Wartawan Kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengingatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk berpada-pada dalam keghairahan beliau ingin melebarkan ‘Cina Malaysia’ menerusi tapak warisan kerana orang Melayu ada psike (jiwa).

Psyche dia apabila kami menjamu anda makan di ruang tamu jangan kamu ambil makanan dalam periuk nasi kami di dapur kalau kami (Melayu) buat pun kami dianggap kurang ajar, kalau tamu buat apatah lagi?

“Jadi telah banyak toleransi kita telah beri dalam hal-hal pengiktirafan UNESCO ini, sama ada satu kita telah benarkan sampai sekarang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina,” katanya menerusi klip video di Facebook bertajuk, ‘Isu Kampung Baru Cina, Sabar Melayu ada hadnya’ pada Sabtu.

Zainal yang juga pengasas ZRA Strim mengulas berhubung isu Kor Ming dilaporkan mencadangkan Kampung Baru Cina di Selangor diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) di mana langkah itu dikatakan sebagai mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarahnya.

Kor Ming berkata sudah 76 tahun sejak perkampungan baharu di Selangor diasaskan pada 1948. 

Mengulas lanjut, Zainal berkata mustahil orang Melayu akan menerima cadangan itu, kerana kita tidak menjadikan tapak warisan sejarah untuk mengatakan ini adalah negara pasca kolonial.

Beliau berkata sepatutnya monumen warisan negara yang mempunyai simbol perjuangan orang Melayu diangkat dalam hal ini.

“Tiap-tiap kali anda cuba uji, tiap-tiap kali anda cuba uji untuk melihat tahap kesabaran orang Melayu… bagi orang Melayu yang masih lagi mendukung (pertahankan hak mereka) kerana Perlembagaan membenarkan kewujudan kawasan Melayu sebagai bumiputera, masyarakat peribumi Sabah, Sarawak sebagai bumiputera,” katanya.

Zainal berkata adakah di atas negara diperjuangkan bangsa Melayu ini, Kor Ming mahu menubuhkan satu ‘unsur’ iaitu penempatan Cina yang belum mencapai usia 100 tahun namun ingin digazetkan sebagai tapak warisan dunia.

“Ketika kami (orang Melayu) memerangi apa yang jadi sejarah buruk dunia yang kolonialisme kami tak menuntut pun tapak-tapak berorientasikan anti kolonialisme sebagai tapak warisan sejarah, tapak warisan sejarah ini tiada kita ‘kreditkan’ spesial kepada orang Melayu semasa mereka berjuang ketika orang Cina pun belum tahu Tanah Melayu ini dekat mana dari abad ke 16, 17, 18 orang Melayu berjuang. Orang Melayu pun tak tuntut.

“Sekarang anda bukan buat orang Melayu rasa insecure, orang Melayu merasa seolah-olah anda sedang mempromosikan apa? Bererti saya tanya YB Nga nak apa? Anda nak mengangkat satu pengiktirafan pada keberadaan Cina di Malaysia atau anda sedang memancing kemarahan orang Melayu?,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Kor Ming untuk berhati-hati dalam perkara ini dan orang politik tidak perlu menjadi genius bagi memahami tentang psike dan kesan ke atas rasisme.

Katanya, dalam situasi sebegini individu ‘memancing’ dituduh sebagai orang yang membukakan idea, sementara individu yang ‘terpancing’ akan ditahan dan ditangkap sebagai rasis di mana itu merupakan satu masalah. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo