NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel tolak “pengiktirafan unilateral” penubuhan Palestin



  • Israel secara rasmi pada Ahad menentang “pengiktirafan unilateral” (pengiktirafan sepihak) penubuhan negara Palestin dan menegaskan sebarang persetujuan hal itu perlu dicapai melalui rundingan langsung.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan “keputusan pengisytiharan” itu menerusi satu undian dalam Kabinet Israel yang sebulat suara meluluskan langkah itu, demikian menurut kenyataan dipetik Arab News.
  • Netanyahu ketika berucap pada permulaan mesyuarat mingguan berkata perkara itu dibuat setelah “berlakunya perbincangan masyarakat antarabangsa baru-baru ini dalam cubaan memaksa ke atas Israel secara sepihak, (tertubuhnya) sebuah negara Palestin”.
  • Peperangan yang melanda Gaza sejak serangan pada 7 Oktober lalu adalah antara konflik Israel dan Palestin yang berlanjutan selama tujuh dekad.
  • Usaha untuk mencapai penyelesaian dua negara iaitu sebuah negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza bersama Israel terhenti sejak 2014.

Israel secara rasmi pada Ahad menentang “pengiktirafan unilateral” (pengiktirafan sepihak) penubuhan negara Palestin dan menegaskan sebarang persetujuan hal itu perlu dicapai melalui rundingan langsung.

erdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan “keputusan pengisytiharan” itu menerusi satu undian dalam Kabinet Israel yang sebulat suara meluluskan langkah itu, demikian menurut kenyataan dipetik Arab News.

Netanyahu ketika berucap pada permulaan mesyuarat mingguan berkata perkara itu dibuat setelah “berlakunya perbincangan masyarakat antarabangsa baru-baru ini dalam cubaan memaksa ke atas Israel secara sepihak, (tertubuhnya) sebuah negara Palestin”.

Peperangan yang melanda Gaza sejak serangan pada 7 Oktober lalu adalah antara konflik Israel dan Palestin yang berlanjutan selama tujuh dekad.

Usaha untuk mencapai penyelesaian dua negara iaitu sebuah negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza bersama Israel terhenti sejak 2014.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sebelum ini cuba untuk mencapai perjanjian yang lebih luas di Timur Tengah, termasuk menormalisasikan hubungan Arab Saudi dan negara Arab lain dengan Israel, dalam usaha tertubuhnya negara Palestin.

Kenyataan rasmi Israel menurut pejabat Netanyahu mencerminkan bahawa: “Israel secara terang-terangan menolak arahan antarabangsa berkenaan perjanjian tetap dengan warga Palestin. Sekiranya persetujuan perlu dicapai, ia hanya akan berlaku melalui rundingan terus antara pihak-pihak, tanpa prasyarat.” – The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo