NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan #Reformasi100% diteruskan esok, Bersih jamin tiada provokasi

Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz, beri jaminan tiada provokasi dalam perhimpunan yang diteruskan esok, selepas menyerahkan notis kepada polis hari ini.


KUALA LUMPUR: Perhimpunan #Reformasi100% anjuran Bersih yang dijadualkan berlangsung esok akan diteruskan seperti dirancang, dengan NGO itu beri jaminan tiada isu provokasi.

Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata perkara ini dimaklumkan kepada polis dalam pertemuan di IPD Dang Wangi petang tadi, ketika NGO itu menghantar notis memaklumkan penganjuran perhimpunan.

“Perbincangan positif, dan polis mahu kita beri jaminan tiada ancaman keselamatan, lalu lintas, dan isu provokasi.

“Kita akan pastikan himpunan berjalan lancar. Itu jaminan Bersih,” katanya kepada pemberita di luar IPD Dang Wangi.

Dalam pertemuan bersama polis yang berlangsung lebih sejam itu, Faisal ditemani Pengurus Kanan Bersih, Asraf Sharafi Mohd Azhar.

Perhimpunan itu dijadualkan bermula pada 8 pagi esok di Tugu Negara, dan peserta akan berarak ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum.

Faisal sebelum ini berkata, himpunan itu diadakan antaranya bagi menuntut reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya, dengan melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat dalam pemilihan pengerusi badan tersebut.

Faisal meminta orang ramai agar tidak gusar mahupun khuatir untuk menghadiri perhimpunan itu. “Himpunan esok terjamin dari segi keselamatan dengan kerjasama polis.”

“Kita tidak ada anggarkan kehadiran, tetapi ada mobilisasi untuk serahkan memorandum,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata tiada notis difailkan untuk memaklumkan pihak berkuasa mengenai perhimpunan itu, seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman.

Sehubungan itu, Allaudeen menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan yang melanggar undang-undang.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo