NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan mega Palestin 2 Mac dapat sebahagian kelulusan polis

Syed Sheikh Al-Attas Syed Hassan (tengah) berkata, Sekretariat Solidariti Palestin dimaklumkan tiada masalah mendapat kelulusan DBKL bagi himpunan 2 Mac ini.


KUALA LUMPUR: Himpunan mega yang dirancang kumpulan masyarakat sivil Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) pada 2 Mac ini mendapat kelulusan IPD Wangsa Maju.

Tetapi, ia masih memerlukan kelulusan IPD Dang Wangi, serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi himpunan.

“Kami dimaklumkan tiada masalah untuk mendapat kelulusan DBKL,” kata jurucakap SSP, Syed Sheikh Al-Attas Syed Hassan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Peserta dijangka berkumpul di bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Padang Merbok. Antara “checkpoint” himpunan itu termasuk Kedutaan AS, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Renaissance.

Anggota kanan SSP, Tian Chua berkata himpunan itu diperakui kira-kira 100 NGO dan parti politik kerajaan serta pembangkang.

Chua berkata, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir mengesahkan akan menghadiri himpunan itu.

“Saya menggesa semua rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dan datang untuk bersatu demi Palestin.”

Disember lalu, SSP mengadakan himpunan enam hari di Jalan Tun Razak selepas dihalang polis dalam perjalanan ke Kedutaan AS.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo