Mohd Kamil Ibrahim (kiri) dan Hassan Karim (kanan) |
KUANTAN – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim disifatkan lebih sudu dari kuah apabila mengkritik kepimpinan parti lain, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang.
Sebaliknya jelas Mohd Kamil Ibrahim, wakil rakyat PKR itu dinasihatkan agar perlu membetulkan barisan partinya sendiri daripada menyibuk bercakap tentang parti lain terutamanya UMNO.
Hassan dalam kenyataannya baru-baru ini yang meminta parti UMNO mengantikan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
”Saya harap Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Harapan ini lebih sedar diri kalau nak bercakap soal Presiden UMNO itu sendiri.
”Jangan nak lebih sudu dari kuah bercakap soal kepimpinan orang lain kalau diri sendiri itu tidak betul.
”Lebih baik dia ini tengok sendiri gelagat pemimpin dari PH yang banyak keluarkan kenyataan semberono yang banyak menyakitkan hati rakyat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Mengulas lanjut, Kamil berkata, seperti yang terjadi baru-baru ini apabila Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dikatakan cuba masuk campur dalam urusan Perlembagaan Syariah di bawah agama Islam.
Ia sekali gus merperlihatkan ahli Parlimen dari DAP yang merupakan parti komponen dalam PH seolah-olah sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam.
”Di manakah pendirian beliau untuk pertahankan institusi Islam yang banyak dicemarkan oleh parti komponen mereka sendiri?
”Dan Hassan Karim ini sendiri pernah memporak peranda ketika protes Baling pada tahun 1974 dengan dakyah mengarut sehingga mencetuskan kontroversi dan pemberontakan yang mengugat keamanan negara.
”Usah berlagak sombong dan suci seolah parti kamu suci bersih dari segalanya. Kita sudah move on dan bersepakat demi agama bangsa dan tanah air,” tegasnya.
Apa yang lebih utama kini adalah masa untuk membina negara dan bukan waktu untuk tunding-menunding yang melemahkan negara.
Beliau berkata sebagai rakat perlu menghayati titah Yang Di-Pertuan Agong untuk sama-sama menjaga kemakmuran negara dan usah terlalu berpolitik hingga merugikan rakyat sendiri.
”Niat kita sebagai pemimpin, rakyat harus diutamakan. Berhentilah keluar kenyataan bodoh yang sengaja nak cetus perbalahan dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Semalam Hassan Karim berpendapat UMNO perlu diterajui nakhoda baharu untuk mendapatkan semula undi Melayu.
Katanya, UMNO perlu diterajui oleh muka baharu dan tidak hanya ’menumpang dahan PH ’ pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya kelihatan ’rapuh’ untuk mengahadapi PRU-16 kelak.
Malahan parti itu dicadangkan membuat rombakan pemimpin baharu, berintegriti dan berkarisma bagi meraih undi orang Melayu.
Ini ekoran UMNO dikatakan mendapat sokongan paling corot menerusi gabungan antara PH dan Barisan Nasional. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment