NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga Beras Madani diumum tanpa keputusan Kabinet?




KUALA LUMPUR
: Penetapan kawalan harga barangan termasuk beras tempatan dan import yang baharu diumumkan pasti akan memberikan implikasi kewangan besar kepada kerajaan.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Ke-8, Prof Dato’ Dr Marzuki Mohamad secara sinikal berkata, beliau tidak memahami pengumuman dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal mengenai beras madani.

Syed Abu Hussin selaku Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengumumkan Beras Putih Malaysia Madani itu akan dijual pada harga RM30 untuk 10 kilogram berbanding RM26 sebelum ini.

Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) tersebut dilantik menerajui badan bertindak itu oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri tersebut hujung November tahun lalu.

“Ia suatu pengumuman dasar yang besar, iaitu penghapusan kategori beras import dan beras tempatan, (diikuti) pengenalan Beras Madani sebagai kategori tunggal; (juga)penetapan kawalan harga baru bagi beras, termasuk beras import yang kini dimasukkan dalam kategori tunggal beras madani,” ujarnya. 

Kata Dr Marzuki, tindakan ini memberi makna bahawa kerajaan sekarang sedang mengawal harga beras import yang mana sebelum ini hanya beras tempatan dikawal harganya.

“Biasanya apabila kerajaan kawal harga, kerajaan sediakan subsidi. Jika begitu, berapa jumlah subsidi yang disediakan oleh kerajaan untuk kawal harga beras import? Adakah perkara ini telah dibincang dan diputuskan oleh Kabinet? 

“Perkara sebesar ini biasanya dibincang oleh kabinet dan pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri atau Menteri yang berkaitan. Atau setidaknya dibincang di peringkat NACCOL yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan kemudiannya diperakukan oleh Kabinet. 

“Saya baca kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang, tak disebut ia keputusan Kabinet dan secara kebiasaannya keputusan sebesar ini tidak hanya dibuat di peringkat Jawatankuasa Kecil NACCOL yang dipengerusikan oleh seorang Ahli Parlimen,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/2/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo