NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Haramkan penjualan ‘energy stick’, gesa Ahli Parlimen

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kesihatan bekerjasama mencegah penggunaan ‘energy stick’ di kalangan pelajar.



PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan mengharamkan penjualan produk penyedut hidung atau turut dikenali sebagai ‘Energy Stick’ yang kononnya dapat memberi tenaga dan kesegaran kepada penggunanya.

Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Yunus Hairi berkata kerajaan tidak boleh memikirkan soal keuntungan semata-mata sebaliknya kesihatan dan kesejahteraan rakyat perlu menjadi keutamaan.

Pada masa sama, beliau menggesa kerajaan mendedahkan kandungan bahan kimia dalam produk itu melalui pendekatan pendidikan kesihatan.

“Tindakan segera perlu untuk mengharamkan produk penyedut hidung atau turut dikenali sebagai ‘energy stick’.

“Ini bukan soal ekonomi negara tapi masa depan generasi rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut bimbang kesan daripada pengambilannya kepada kesihatan pengguna yang akhirnya menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk merawat penyakit.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya akan mengambil tindakan segera susulan aduan kewujudan produk penyedut hidung itu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pula dipetik berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mencegah penggunaan produk itu di kalangan pelajar.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo