NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Haram podcast berunsurkan persundalan, buka aib peribadi – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan



  • Kelompok menganjurkan podcast atau bual bicara yang mengangkat penzina dan kandungan berunsurkan persundalan adalah haram, tegas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP).
  • Ia berdasarkan kaedah fiqh yang menjelaskan bahawa sesuatu yang membawa kepada haram adalah haram.
  • “Penggunaan podcast sebagai platform untuk membuka aib peribadi seseorang adalah termasuk dalam perbuatan menzahir kemaksiatan dan perbuatan ini diharamkan syarak. 
  • “Apatah lagi menjadikan penzina sebagai tetamu undangan untuk menceritakan perbuatan maksiatnya tanpa rasa malu dan berdosa,” katanya menerusi artikel diterbitkan di laman web rasmi yang bertajuk, ‘Bayan Linnas Siri Ke-288: Haram Podcast Berunsurkan Persundalan’. 

KUALA LUMPUR — Kelompok yang menganjurkan podcast atau bual bicara mengangkat penzina dan kandungan berunsurkan persundalan adalah haram, tegas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP).

Ia berdasarkan kaedah fiqh yang menjelaskan bahawa sesuatu yang membawa kepada haram adalah haram.

Penjelasan itu diberikan susulan Pejabat Mufti WP mendapati sejak akhir-akhir ini, wujud perkembangan pembangunan content (kandungan) di media sosial memaparkan segmen bual bicara bersama individu ataupun pihak terlibat gejala sosial (reality showcase) yang sedang berlaku dalam kehidupan masyarakat.

“Penggunaan podcast sebagai platform untuk membuka aib peribadi seseorang adalah termasuk dalam perbuatan menzahir kemaksiatan dan perbuatan ini diharamkan syarak. 

“Apatah lagi menjadikan penzina sebagai tetamu undangan untuk menceritakan perbuatan maksiatnya tanpa rasa malu dan berdosa,” katanya menerusi artikel diterbitkan di laman web rasmi yang bertajuk, ‘Bayan Linnas Siri Ke-288: Haram Podcast Berunsurkan Persundalan’. 

Pejabat Mufti WP berkata sekalipun penyiaran segmen itu berpotensi memberikan keuntungan dari sudut material, namun ia turut meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat dengan mempromosikan penzina secara tidak langsung. 

Ini kerana kelompok pengguna media sosial terdiri daripada latar belakang berbeza, malah sebahagian daripada mereka tidak berupaya memahami mesej secara tersirat dan  tidak mampu untuk menapis serta menyaring setiap maklumat disampaikan. 

“Sejajar dengan itu, hal ini boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat seterusnya mendorong kepada perbuatan maksiat.

““Apabila kamu diuji dengan maksiat, maka hendaklah kamu menutupnya dan tidak menceritakan kepada orang lain””, katanya. — The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo