NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Haram jemput penzina cerita maksiat tanpa rasa malu – Mufti Wilayah



KUALA LUMPUR – Penggunaan podcast sebagai platform untuk membuka aib peribadi seseorang adalah termasuk dalam perbuatan menzahir kemaksiatan dan perbuatan tersebut diharamkan oleh syarak.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, tindakan itu jelas haram apabila orang yang melakukan zina dijemput sebagai tetamu undangan menceritakan perbuatan maksiat tanpa rasa malu dan berdosa.

Katanya, walaupun tetamu tersebut berpotensi memberikan keuntungan dari sudut material namun pada masa yang sama meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat dengan mempromosikan pelakuan zina secara tidak langsung.

Menurutnya, golongan pengguna media sosial terdiri daripada latar belakang yang berbeza dan ada antara mereka tidak berupaya menapis dan menyaring setiap maklumat yang disampaikan.

“Pada asalnya, penyiaran segmen berkenaan bertujuan memberikan kesedaran kepada umum agar masyarakat sekeliling dan pihak berkuasa dapat mengambil langkah yang sewajarnya.

“Secara zahirnya, penyiaran segmen sedemikian bermotifkan kebaikan seakan-akan bertepatan dengan konsep amar makruf nahi mungkar dalam Islam.

“Namun pada masa yang sama, ia sebenarnya secara tidak langsung turut meninggalkan kesan-kesan negatif kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, individu yang terpalit dengan jenayah telah diangkat secara terbuka di khalayak sehingga menampakkan bahawa seolah-olah kesalahan mereka merupakan suatu perkara yang normal dan boleh diterima.

Sedangkan kesalahan yang dilakukan termasuk dalam kategori dosa besar iaitu berzina dan persundalan yang merupakan perbuatan tercela dan boleh mendatangkan kerosakan kepada institusi kekeluargaan dan juga negara.

Sebelum ini kecoh diperkatakan sebuah laman web penstriman menjemput seorang lelaki yang menjual video lucah lakonannya ke sesi podcast mereka.

Pelakon lucah tersebut telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.- MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo