NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hamzah tak pernah nyata hasrat lawan Muhyiddin; Saifuddin kata tak timbul soal layak tanding


Saifuddin Abdullah berkata tak timbul soal Hamzah Zainudin tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding lawan Muhyiddin Yassin sebagai presiden. 


PETALING JAYA: Hamzah Zainudin tidak pernah menyatakan hasrat melawan Muhyiddin Yassin untuk jawatan presiden Bersatu, maka tak timbul soal layak bertanding atau tidak pada pemilihan akan datang, menurut seorang pemimpin parti.

Sebelum ini, sumber parti beritahu FMT bahawa Hamzah tidak layak dari segi perlembagaan Bersatu untuk bertanding lima jawatan tertinggi termasuk presiden, yang terbuka kepada ahli yang menganggotai majlis pimpinan tertinggi (MPT) sekurang-kurangnya dua penggal penuh.

“Sepanjang pengetahuan saya, Hamzah tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding melawan Muhyiddin sebagai presiden.

“Jadi, sepatutnya tidak timbul pun soal dia layak atau tidak layak bertanding,” kata Ahli MPT Saifuddin Abdullah kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, timbul cakap-cakap Hamzah disebut-sebut antara calon utama mengisi kerusi nombor satu parti jika Muhyiddin memutuskan untuk tidak bertanding pada pemilihan akan datang.

Pada perhimpunan agung tahunan Bersatu, November lalu, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden, tetapi kurang 24 jam, mengubah pendirian selepas diyakinkan isterinya Noorainee Abdul Rahman, untuk “tidak mengecewakan ahli yang memerlukannya.”

Bersatu dijangka mengadakan pemilihan MPT dan bahagian pada tahun ini dengan tumpuan kepada kerusi presiden dan timbalannya yang akan membayangkan calon perdana menteri Perikatan Nasional, seperti ketika PRU15 apabila Muhyiddin dicalon ke jawatan itu sesuai statusnya sebagai pengerusi Perikatan Nasional.

Hamzah merupakan setiausaha agung Bersatu, selepas dilantik ke jawatan itu pada Mac 2020 dan mengekalkannya selepas pemilihan parti empat bulan kemudian.


Sumber | FMT Malaysia




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo