KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa digesa bersikap lebih tegas dan menggunakan undang-undang dalam memerangi sebarang usaha untuk mempromosikan serta menormalisasikan kegiatan persundalan.
Undang-undang tersebut termasuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) juga seluruh rakyat untuk bersama-sama memerangi sebarang usaha untuk mempromosikan serta menormalisasikan kegiatan persundalan demi menjaga moral daripada dibinasakan.
Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim berkata, pihaknya memandang serius hal ini kerana sebagai sebuah negara Islam dengan penduduknya majoriti Muslim dan berbangsa Melayu, normalisasi zina dan mempromosikan kemungkaran yang merendahkan harga diri manusia merupakan satu tindakan yang tidak dapat diterima daripada segenap aspek.
Malah, normalisasi zina bertentangan dengan agama Islam, berlawanan dengan adat resam Melayu bahkan bertentangan dengan fitrah manusia yang menjunjung keluhuran budi dan ketinggian akhlak.
“Justeru, ABIM bersama dengan Mufti Pulau Pinang mengecam tindakan pihak yang mempromosikan kemungkaran dan menyeru pihak berkuasa dan rakyat Malaysia untuk berganding bahu memerangi sebarang usaha menormalisasikan zina dan kemungkaran ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Daud, mengecam tindakan pihak yang mempromosikan kemungkaran dengan menjemput gigolo dalam sebuah temubual yang disiarkan laman web penstriman.
Beliau menyifatkan tindakan itu amat mengecewakan dan boleh dianggap sebagai satu cara mempromosikan serta menormalisasikan kegiatan persundalan. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment