KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) tidak akan sama sekali menyokong usaha Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Susulan itu, Presiden GPMS, Fazreen Fauzi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil perhatian serta tindakan serius atas usaha yang membantutkan capaian usaha Kerajaan Perpaduan.
“Usaha untuk membangunkan negara ini melalui peningkatan ekonomi rakyat serta kesejahteraan pendudukan warganegara adalah lebih utama dalam jangka masa lima tahun ini bukannya bersifat populis dengan agenda tertentu.
“Dalam pada itu, kesedaran akan pentingnya memelihara warisan dan identiti kebangsaan adalah sangat diraikan tetapi mengabaikan sensitiviti dan kepentingan majoriti penduduk di Tanah Melayu adalah keutamaan penting bagi GPMS,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Fazreen, GMPS menegaskan mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO akan merosakkan warisan budaya dan sejarah Tanah Melayu yang telah wujud sejak berabad lamanya.
“Mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO juga akan mengaburkan sejarah serta keunikan budaya utama yang telah lama pasak di Tanah Melayu.
“GPMS menekankan pentingnya memelihara identiti asal Tanah Melayu dan warisan peradaban yang telah membentuknya selama berabad-abad.
“Kita perlu memberi penghormatan utama yang setimpal kepada warisan yang telah membentuk identiti dan kebangsaan negara ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment