Ketua Pegawai Eksekutif Fipper, Jee Von berkata, pihaknya memilih Kelantan kerana permintaan terhadap produk Fipper dalam kalangan masyarakat tempatan amat tinggi.
“Kita memilih Kota Bharu Mall (KB Mall) sebagai lokasi cawangan pertama di Kelantan sebab tempat ini sangat strategik.
“Sewaktu kita menyertai Jom Heboh di Kelantan tahun lepas, banyak pertanyaan kenapa Fipper tak buka satu cawangan di sini.
“Jadi, kita memilih untuk membuka cawangan pertama di sini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Cawangan Fipper Pertama di Kelantan, di KB Mall, semalam.
Tambahnya, Fipper turut menampilkan produk terbaharunya seperti topi, beg dan sandal bercorak dengan reka bentuk menarik khususnya kepada golongan muda yang belum dilancarkan di mana-mana cawangan Fipper di negara ini.
Mengulas lanjut, beliau yakin dengan pembukaan pertama cawangan Fipper di Kelantan mampu mengembangkan lagi syarikat tersebut di negeri ini.
Selain itu, beliau turut memuji aliran trafik bagi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang memudahkan pihaknya berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan bagi menguruskan pentadbiran syarikatnya.
Terdahulu, Fipper Sdn Bhd melancarkan pembukaan cawangan pertamanya dengan menyediakan pelbagai permainan menarik bersama peminat dan orang awam beserta artis jemputan, Izzue Islam yang memeriahkan lagi suasana majlis tersebut. – HARAKAHDAILY 4/2/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment