- Penulis skrip, Zabidi Mohamed berkata selepas menonton filem itu beliau berpendapat secara subteks (tersirat) ia mempunyai elemen penghinaan ke atas agama Islam dan penamat filem juga seolah-olah menunjukkan Islam ditewaskan pemikiran liberal.
- Filem itu berkisarkan tentang Hanie yang membuka kedai jual baju dalam wanita (bra) dan dapat tentangan Penghulu Tok Hassan di mana bra secara semiotik adalah tanda atau lambang (sign) ‘freedom of expression’ dalam filem berkenaan.
- “Hanie yang ‘free hair’ digambarkan sebagai seorang wanita yang progresive, advance thinking, free thought, kind thinking dan liberal attitude. Tok Hassan pula berjubah, berserban, berjanggut dan perokok tegar secara konotasi digambar sebagai seorang yang warak dan alim di kampungnya tapi bersikap konservatif, berpemikiran jumud, perasuah dan busuk hati.
- “Penghujung dan penamat cerita Tok Hassan ‘kalah’ apabila dihukum masuk penjara dan Hanie ‘menang’ apabila kewujudannya diterima baik penduduk kampung,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad lalu.
- “Ikut kajian saya sejak 2013 hingga December 2023 saya telah jumpa sekitar 18 filem-filem yang diterbitkan di Malaysia mengandungi elemen penghinaan ke atas agama Islam. Ianya sudah makin dinormalisasikan. Puak-puak liberal dalam filem tanah air makin berani dan makin rancak,” kata Zabidi.
- Pengarah filem La Luna, M Raihan Halim dilaporkan hari ini menyangkal dakwaan Zabidi yang mengatakan naskhah tersebut mempunyai unsur pemikiran liberal serta menghina agama Islam, sebaliknya ia dihasilkan bagi membincangkan isu penunggang agama secara kritis di layar.
KUALA LUMPUR — Filem La Luna yang kini mencuri tumpuan di media sosial didakwa secara halus membawa penghinaan kepada Islam dan Melayu kerana didapati ada unsur liberal dan memperlihatkan agama Islam cuba diperlekehkan.
Penulis skrip, Zabidi Mohamed berkata selepas menonton filem itu beliau berpendapat secara subteks (tersirat) ia mempunyai elemen penghinaan ke atas agama Islam dan penamat filem juga seolah-olah menunjukkan Islam ditewaskan pemikiran liberal.
Menurutnya, filem itu berkisarkan tentang Hanie yang membuka kedai jual baju dalam wanita (bra) dan dapat tentangan Penghulu Tok Hassan di mana bra secara semiotik adalah tanda atau lambang (sign) ‘freedom of expression’ dalam filem berkenaan.
“Hanie yang ‘free hair’ digambarkan sebagai seorang wanita yang progresive, advance thinking, free thought, kind thinking dan liberal attitude. Tok Hassan pula berjubah, berserban, berjanggut dan perokok tegar secara konotasi digambar sebagai seorang yang warak dan alim di kampungnya tapi bersikap konservatif, berpemikiran jumud, perasuah dan busuk hati.
“Penghujung dan penamat cerita Tok Hassan ‘kalah’ apabila dihukum masuk penjara dan Hanie ‘menang’ apabila kewujudannya diterima baik penduduk kampung.
“Tidak saya nafikan ada golongan agamawan Islam dan asatizah tanah air ada yang terlibat dalam salah laku sivil dan jenayah.
“Tetapi untuk menggambarkan konflik pertembungan pemikiran antara golongan agamawan dan golongan fahaman liberal adalah niat nyata penerbit dan pengarahnya untuk meremeh-remeh, memperlecehkan, memperolok, memperlekeh dan merendah-rendahkan agama Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad lalu.
Zabidi berkata antara babak dalam filem itu yang mengganggu fikiran beliau adalah apabila watak Tok Hassan berserban, berjubah kencing berdiri dalam tandas ketika Hanie datang masuk menerjah untuk mempertikai Tok Hassan.
Namun dalam babak itu, Tok Hassan ditonjolkan bersikap bersahaja dan membiarkan Hanie menceroboh masuk ke dalam tandas lelaki.
Babak kedua pula adalah berkenaan Azura (16 tahun) membuat cadangan supaya para isteri tidak melayan nafsu suami atas ranjang, jika suami mereka tidak menarik diri dari petisyen dibuat Tok Hassan untuk menutup perniagaan bra Hanie.
“Puak-puak liberal dalam industri filem tempatan akan menggambarkan (portray) watak protagonist (watak utama) yang mewakili pemikiran liberal dengan ciri-ciri yang berperwatakkan: progressive, advance thinking, free thought, kind thinking dan liberal attitude.
“Dan watak antagonis berwatakkan konservatif, old school dan berpemikiran jumud. Itu polar penceritaan skrip mereka. Cuma pemikiran liberal itu disuntik secara halus dalam subtext. Yang menonton tanpa menilai dan mengukur dari sudut pandang (POV) Islam tidak akan dapat mengesannya.
“Ikut kajian saya sejak 2013 hingga December 2023 saya telah jumpa sekitar 18 filem-filem yang diterbitkan di Malaysia mengandungi elemen penghinaan ke atas agama Islam. Ianya sudah makin dinormalisasikan. Puak-puak liberal dalam filem tanah air makin berani dan makin rancak,” kata Zabidi.
Beliau juga mengingatkan masyarakat Muslim untuk menunjukkan sikap dan menyatakan pendirian mereka dalam hal itu sebagai tanggungjawab pada agama Islam.
Dalam pada itu, pengarah filem La Luna, M Raihan Halim dilaporkan hari ini menyangkal dakwaan Zabidi yang mengatakan naskhah tersebut mempunyai unsur pemikiran liberal serta menghina agama Islam.
Raihan berkata filem La Luna dihasilkan dengan niat baik iaitu membincangkan isu penunggang agama secara kritis di layar.
“Saya menghargai pandangan dan ulasan dikongsikan beliau secara terperinci. Sebagai pengkarya, saya berbesar hati menerima apa sahaja maklum balas.
“Cuma, saya ingin menegaskan La Luna tidak mempunyai elemen liberal mahupun anti agama Islam seperti didakwa.
“Filem ini menceritakan bagaimana seorang individu menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Ini cerita tentang istilah penunggang agama,” katanya dipetik Utusan Malaysia, semalam. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment