NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Akmal rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’

Muhamad Akmal
Muhamad Akmal

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir situasi ekonomi semasa dengan mengaitkan slogan bahawa penyusutan nilai ringgit negara mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Dr Akmal berkata, beliau rindu dengan slogan tersebut yang mengungkapkan bahawa nilai ringgit akan kembali meningkat jika Najib berundur dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

“Najib turun, ringgit naik. Rindu betul slogan ini,” katanya dalam siaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum itu, mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah setakat jam 9 pagi Selasa dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.

Kali terakhir paras ringgit terendah dicatatkan pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau dengan RM4.885 setiap dolar AS.

Sumber asal | SHarian

Komen : Rindu formula meletop Rafizi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo