NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Daim Zainuddin bukan pembiaya terbesar Muda - Amira Aisya



KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tidak terlibat membiayai atau memberi sebarang peruntukan kewangan kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Pemangku Presidennya, Amira Aisya Abd Aziz menafikan sekerasnya dakwaan mengatakan 'orang kanan' Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan penyumbang terbesar untuk parti berkenaan.

Jelasnya, Muda mempunyai struktur pembiayaan dalaman sangat ketat dan tidak sewenang-wenangnya menerima dana dalam jumlah yang besar.

“Penyumbang hanya boleh memberi maksimum sehingga RM200,000 pada masa tertentu," katanya pada sidang akhbar selepas Forum di Kolej Tertiari Advance di sini pada Isnin.

Amira Aisya berkata, tidak wajar pihak terbabit mempersoalkan tentang isu pembiayaan Muda kerana negara ini tidak mempunyai akta pembiayaan politik.

“Jadi, jika ada yang mahu mempersoalkan Muda tentang pembiayaan politik, kami sangat konsisten mengatakan Malaysia memerlukan akta pembiayaan politik dan semua parti lain juga harus berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai gambarnya yang tular bersama isteri Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid di mahkamah, Amira mengesahkan perkara itu.

“Ya Toh Puan Na'imah adalah ahli Muda. 

“Saya boleh hadir ke mahkamah untuk memberikan penghormatan kepada mana-mana ahli parti.

“Beliau (Na’imah) juga kawan saya. Saya pergi ke mahkamah tidak bermakna saya pergi ke sana untuk meminta hakim menggugurkan pertuduhan,” ujarnya.

Pada 23 Januari lalu, Na'imah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan, gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 12 aset harta antaranya di ibu negara dan Pulau Pinang, Disember tahun lalu.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak lebih RM100,000.


Sumber | Sinar Harian


 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo