NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bila Menteri Kata Kita "Move On"

Bila Menteri Kata Kita "Move On"

Baru ni kecoh bila Menteri DAP Nga Kor Ming mencadangkan untuk Kampung Baru Cina di Selangor diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia. Ramai yang pelik. Apa kes dia ni? Ramai juga yang bantah, PN, UMNO, NGO Melayu, Ahli Akademik. 

Antara hujah bantahan adalah cadangan ni bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.

Bila kau cadang sesebuah kawasan itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, maka secara automatik penduduk yang menghuni kawasan tersebut akan dianggap sebagai orang asal dan segala aspek berkaitan pendidikan, budaya serta bahasa akan turut diperakukan.

Bila dah terima bantahan yang banyak, Nga Kor Ming kata isu tu dah tutup, kita "move on". Cadangan tu kira tak jadi bawak lah. Eh mudah jer kau nak "move on".

Pertama, aku ucap tahniah kepada semua pihak yang peka terhadap isu ni dan bantah sehingga Menteri terpaksa tarik balik. Kalau korang tak bantah, mungkin cadangan ni akan diteruskan.

Kedua, aku nak tegur Menteri tentang sikap dan cara Menteri. Bila seorang Menteri utarakan cadangan, seluruh jentera Kerajaan dibawah Kementerian tersebut akan berkerja untuk melaksanakan cadangan tersebut. Kan buang masa namanya, akhirnya Menteri mudah-mudah je tarik balik cadangan dia. 

Ketiga, cadangan Menteri ni tak pasal-pasal menimbulkan ketidak selesaan dikalangan orang Melayu dalam negara kita. Sepatutnya sebagai Menteri kabinet, kena peka lah dengan kesan cadangan macam ni. Jagalah keharmonian kaum dalam negara. 

Keempat, sebagai Menteri perlu ada sistem kerja yang bagus. Bila kau ada cadangan, kau bincang peringkat Kementerian dulu baik buruk. Dapatkan pandangan pemegang taruh. Kemudian bawa ke Kabinet untuk kelulusan. Dah selesai baru umum keapda rakyat. 

Kalau benda tu baik, rakyat mesti akan sokong. Ini tak, Menteri umum, Timbalan Perdana Menteri bantah. Setiausaha Agung UMNO bantah. Menteri kabinet lain tak tahu menahu. Korang takde whatsapp group ke? Kartun sungguh!!

Kalau kat syarikat korporat ni, kau dah lama kena pecat sebab buat kerja tak ikut "aliran kerja". Belum dapat kelulusan kau dah pergi umum. 

Tapi dalam kabinet jangan kata kena pecat, potong gaji pun takda. Sebab tu rakyat terpaksa berhadapan dengan Menteri yang tidak kompeten. Sebab Menteri tahu kerja dia selamat sebab dia ada kuasa politik. 

Satu lagi Menteri, kalau kau dah tak tahu sangat apa nak buat, biar aku bagi cadangan, kau selesaikan isu peyelenggaraan flet awam yang sampai hari ni tak selesai. Kesian tengok banyak flet usang dan buruk. 

Satu lagi isu penyelengaraan taman rekreasi awam yang rosak dan tidak terjaga dengan baik. Banyak taman rekreasi awam ni dibina je. Penyelenggaraan takde. 

Kau selesaikan dua isu ni, mesti rakyat seronok. Kalau kau selesaikanlah.....

Nurul Islam Mohamed Yusoff

Ps: Teringin nak tahu sapa penasihat Menteri ni. Makin benc1 orang Melayu dengan Pakatan Harapan.
( Hide )
  1. Kat Terengganu masa umno cadang kampung cina jadi yapak warisan unesco kau tak bising pula ..akuvrasa rakyat makin menyampah dgn umno...dah dibuktikan dlm pru

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo