KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan tarikh perbicaraan saman yang dikemukakan tiga pemimpin DAP terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad akan mula didengar pada September tahun ini.
Ahli Parlimen Bagan yang juga Pengerusi DAP, Lim Guan Eng bersama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyaman Siti Mastura berhubung ucapan dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman tahun lepas.
Peguam yang mewakili tiga pemimpin itu, Datuk V Sankara Nair berkata, mahkamah menetapkan perbicaraan selama enam hari bermula 2, 3, 17, 18, 19 dan 20 September ini.
Manakala tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 15 Mei ini bagi semua pihak mengemaskini dokumen perbicaraan sebelum mulanya prosiding.
Ketiga-tiga plaintif turut diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala peguam Mohamad Hakim Faharmi Hassan mewakili Siti Mastura selaku defendan.
Menerusi pernyataan tuntutan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya Chin Peng serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.
Dakwa mereka, Siti Mastura telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment