KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac ini, bagi meminda perlembagaan parti susulan tindakan enam Ahli Parlimennya menyatakan sokongan terhadap Pedana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara tersebut disahkan Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris melalui notis makluman berkenaan mesyuarat itu.
“InsyaAllah maka tamatlah riwayat enam jahanam, mudah-mudahan Bersatu kembali bangkit dan terus mara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Surat makluman mesyuarat yang dikongsikan itu bertarikh 13 Februari lalu dan ditandatangani Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Perhimpunan khas tersebut akan diadakan selama dua jam bermula pukul 3 petang di Pusat Konvensyen Ideal IDCC, Shah Alam.
“Bersesuaian dengan Fasal 12.5.1 Perlembagaan parti, maka Perhimpunan Agung Khas Bersatu akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti ketetapan berikut.
“Sehubungan dengan itu, diharapkan semua perwakilan dapat hadir demi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti,” menurut surat itu.
Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Zahari Kechik (Jeli).
Sementara tiga lagi ialah, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Berikutan itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memutuskan meminda Perkara 10 dalam perlembagaan parti bagi menghalang insiden sama berulang, selain sedia berdepan Pilihhan Raya Kecil (PRK) sekiranya berlaku pengosongan kerusi wakil rakyatnya yang diambil tindakan. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment