NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berjasa dakwa mansuh pencen agenda DAP



KUALA LUMPUR – Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mendakwa tindakan pemansuhan sistem pencen bagi lantikan tetap penjawat awam mempunyai kaitan dengan agenda DAP.

Presidennya, Zamani Ibrahim berkata, DAP adalah parti yang amat konsisten dalam mengutarakan perancangan itu sejak dahulu lagi.

Beliau mendakwa, kelantangan DAP untuk menghapuskan pencen penjawat awam sudah bermula sejak parti itu berada di posisi pembangkang dan agenda berkenaan lebih mudah direalisasikan apabila kini menjadi kerajaan.

Zamani turut melahirkan rasa kecewa terhadap UMNO yang dahulunya lantang membangkang idea DAP, namun akhirnya bersetuju dengan agenda itu apabila mula bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Hari ini sudah jelas Timbalan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan pencen akan dimansuhkan dan jawatan tetap tanpa berpencen kepada penjawat awam yang baharu dilantik akan diperkenalkan selepas 1 Februari 2024.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal mengotakan janjinya untuk mempertahankan dan memastikan pemansuhan itu tidak akan dibuat namun dalam diam DAP telah berjaya melaksanakan agenda mereka,” dakwa beliau lagi menerusi perkongsian video di Facebook beliau.

Menurut Zamani lagi, UMNO sudah pun hilang kukunya kerana Ahmad Zahid selaku presiden gagal mempertahankan prinsip itu.


Lebih malang, Perdana Menteri dilihat tidak cakna dengan nasib orang Melayu kerana penjawat awam negara majoriti adalah daripada bangsa itu.

Sebelum ini, kerajaan menyangkal dakwaan langkah mewujudkan pengambilan baharu penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen akan menjejaskan nasib orang Melayu yang merupakan majoriti dalam penjawat awam.

Anwar turut berkata, langkah itu sebaliknya telah dikaji sejak lama dulu di mana mesti ada rancangan baharu untuk mengganti skim berkenaan bagi mengelak negara daripada risiko muflis dan memberi masalah kepada generasi akan datang. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo