NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Beliau tak aktif’, Fahmi ulas Surendran tinggal PKR

Fahmi Fadzil berkata, beliau bersikap terbuka selepas bekas naib presiden PKR N Surendran keluar parti.


KUALA LUMPUR: “Terpulang kepada beliau,” demikian reaksi Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil ketika diminta mengulas mengenai pengumuman bekas Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran meninggalkan parti itu, semalam.

Fahmi berkata, bekas naib presiden PKR itu berhak membuat keputusan sedemikian memandangkan beliau juga sudah tidak aktif dalam parti.

“Itu adalah keputusan beliau. Saya berpandangan itu adalah hak beliau. Terpulang kepada beliau. Beliau pun sejak dua menjak ini, sejak PRU14 tidak terlibat, tidak aktif.

“Jadi, mungkin dia rasa sesuai untuk dia guna platform lain. Itu hak beliau. Saya hormati keputusan beliau,” katanya.

Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Jalinan Mesra bersama pengusaha-pengusaha pawagam, malam tadi.

Semalam, Surendran mengumumkan keluar PKR atas alasan kecewa dengan parti itu.

Sebelum itu, Fahmi mengingatkan Surendran supaya mematuhi disiplin parti selepas peguam itu mempersoalkan agenda reformasi dalam PKR.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo