NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banteras rasuah perlu komitmen kuat, bukan sekadar ‘halwa telinga’, kata Rafidah

Rafidah Aziz berkata, usaha membanteras rasuah tidak sepatutnya menjadi sekadar strategi politik.


PETALING JAYA: Rafidah Aziz berkata, kerajaan perlu membuat komitmen yang teguh serta mengambil tindakan sewajarnya bagi mengotakan segala janji untuk “menghapuskan rasuah”.

Bekas menteri persekutuan itu berkata, ikrar kerajaan untuk membanteras rasuah adalah sesuatu yang terpuji, namun komitmen yang serius juga perlu wujud untuk mengutamakan kepentingan negara.

“Semoga segala janji untuk berusaha menghapuskan rasuah akan diiringi oleh komitmen yang kuat dan tindakan sewajarnya.

“Jika tidak ia akan semata-mata menjadi seperti halwa telinga,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, rasuah di negara ini sudah mencapai bentuk dan tahap yang belum pernah didengar, dan perkara ini menarik perhatian dunia.

Justeru, katanya, usaha membanteras rasuah tidak sepatutnya menjadi sekadar strategi politik.

“Ia pertarungan untuk menyelamatkan negara daripada musnah dan mengelakkan budaya sosial daripada terus rosak,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa bagi mana-mana kerajaan, perlu ada budaya “kepimpinan melalui teladan”, malah teladan yang ditunjukkan hendaklah teladan yang terbaik.

Katanya, kerajaan hendaklah bertindak dengan telus, supaya kebertanggungjawaban dapat diagihkan dengan jelas.

“Keadilan dan hukuman tidak boleh dikenakan secara terpilih, dan rasuah dibenarkan pada skala yang wajar dari segi politik.

“Perjuangan membanteras rasuah tidak boleh (dipengaruhi) sebarang bentuk bias, ‘amaran’ di sana sini,” katanya.

Rafidah turut mencadangkan agar panel diwujudkan bagi menilai dan membincangkan setiap permohonan dana oleh jabatan dan kementerian kerajaan.

“Perlu ada langkah-langkah untuk memastikan tiada keputusan sepihak dibuat oleh sesiapa yang memegang kuasa,” katanya.

“Setiap ahli panel mesti meluluskan (permohonan) dan dipertanggungjawabkan atas setiap keputusan dibuat. Keputusan mesti dibuat dalam tempoh masa tertentu, contohnya dua minggu.

“Masyarakat awam mesti dimaklumkan sepenuhnya mengenai segala keperluan untuk sebarang permohonan supaya tiada ruang untuk ‘tawar-menawar’.”



Sumber| FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo