NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Angka korban rakyat Palestin kini cecah 29,600

FOTO: Reuters

GAZA: Angka korban penduduk Palestin akibat serangan Israel di Gaza terus meningkat dengan lebih 29,600 orang menjadi korban kekejaman rejim.

Menurut Kementerian Kesihatan, tentera Israel membunuh 92 rakyat Palestin dan mencederakan 123 yang lain dalam tempoh 24 jam terakhir.

Kenyataan sama juga mendedahkan sejumlah 132 wartawan Palestin terkorban rentetan keganasan tentera Israel sejak 7 Oktober.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, (PRCS) memaklumkan, 18 mangsa yang cedera dipindahkan dari kompleks Hospital Nasir di Khan Younis.

Ia ekoran hospital berkenaan antara yang tidak dapat beroperasi.

Sehingga kini, rejim Israel terus melancarkan serangan bertali arus bukan sahaja di Gaza, malah di seluruh lokasi didiami rakyat Palestin.

Dakwa Israel, operasi ketenteraan itu kononnya menyasarkan pejuang dan fasiliti Hamas.

Namun ia nyata tindakan keji rejim, dengan kebanyakan sasarannya adalah tempat perlindungan penduduk palestin termasuk hospital.

Sumber | BuletinTV3

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo